Jika anda baru sahaja membeli satu unit Arduino dan masih tertanya-tanya bagaimana hendak bermula, anda boleh bermula dengan membaca entry-tutorial ini.
Apabila sudah biasa dengan penggunaan Arduino, sebenarnya, kadang-kadang anda tidak perlu langsung fikirkan coding, kerana ada beribu-ribu project di internet yang anda boleh tiru sambungan komponen dan wiring, kemudian copy paste coding software yang diberikan.
AMARAN! : COPY dan PASTE bukanlah kaedah yang betul untuk mempelajari Arduino.
Kaedah yang betul untuk belajar Arduino adalah dengan:
Step #1: Lihat Project yang sudah berjaya.
Step #2: Lihat kaedah SAMBUNGAN yang berjaya itu.
Step #3: Lihat kaedah CODING yang berjaya itu.
Step #4: Bertanya pada diri, MENGAPA ia di-CODING begitu?
Bertanya pada diri, MENGAPA ia di-SAMBUNG begitu?
Bertanya pada diri, apakah SEBAB ia di-SAMBUNG dan di-CODING begitu?
Namun begitu, kebanyakan masa, project-project yang di-post di internet adalah dari orang-orang yang sudah advance. Kadang kala anda akan menemui beberapa masalah seperti:
- Blog atau post yang sudah bertahun lama, sebarang pertanyaan akan direply dengan lambat, atau mungkin tiada reply langsung
- Coding yang diberikan adalah terlalu advance untuk difahami dan tidak menggunakan library coding C++
- Module yang digunakan adalah berlainan dari yang anda ada.
Kami di MatGyver.my akan berusaha untuk memberikan sebarang support dan bantuan kepada mana-mana individu DIY-ist yang memerlukan bantuan untuk project masing-masing. Jadi, jangan bersegan-silu untuk meninggalkan sebarang pertanyaan atau comment kepada kami.
BAGAIMANA NAK MULA ?
Secara ringkasnya, ada 3 aktiviti utama yang terlibat dalam menggunakan Arduino:
- Sambungan Komponen Electroniks
- Aktiviti Programming dan Coding
- Pemasangan pada penggunaan (jika ada sahaja)
Untuk kebanyakan masa, DIY-ist gemar mencuba-cuba circuit baru dan coding programming baru, jadi Langkah 3 di atas tidak berkaitan.
Pada peringkat permulaan, adalah sangat penting untuk hidupkan Arduino anda buat kali pertama untuk melihat samada Arduino anda berfungsi dengan baik atau ia tidak langsung berfungsi dan perlu ditukar semula di tempat pembelian.
“Pembelian di store.MatGyver.my mempunyai Warranty-Gantian, 7 hari dari tarikh penerimaan bungkusan, jika sebarang komponen tidak berfungsi-baik”
Oleh itu, ikuti sahaja langkah-langkah berikut untuk menguji Arduino anda, dan lihat samada ia berfungsi atau perlu ditukar.
Aktiviti ini boleh digunakan untuk hampir semua jenis Arduino termasuk, UNO, NANO, MEGA 2560 danyang seangkatan dengannya.
LANGKAH #1: Komponen Yang Perlu Ada

Anda hanya perlu ada 3 komponen seperti di atas untuk menghidupkan Arduino buat pertama kali:
- Laptop/Komputer Peribadi
- Arduino Board (UNO, NANO, MEGA 2560, atau yang lain2)
- USB Programming Cable
Pastikan anda mempunyai programming cable yang bersesuaian untuk Arduino Board anda. Mana-mana USB cable yang terdapat dalam pasaran boleh digunakan, cuma pastikan Header-nya bersesuaian dengan Arduino Board anda.

USB Type B
Header Type-B adalah sesuai untuk Arduino UNO dan MEGA 2560
Mini USB
Header Mini USB adalah sesuai untuk Arduino NANO
Micro USB
Header Micro USB digunakan untuk board-board lain seperti NodeMCU dan Arduino Pro Micro.
LANGKAH #2 : Software Arduino IDE

IDE atau dengan nama penuh canggihnya, Integrated Development Environment (IDE), hanyalah software yang menukarkan input coding C/C++ kepada coding asas Binary Microprocessor.
(baca di sini untuk mengetahui lanjut mengenai Arduino IDE)
Software ini boleh di download dengan percuma dari website official Arduino di URL di bawah:
Klik Sini untuk Download Software Arduino dari Website Official Arduino.cc
LANGKAH #3 : Driver CH340
Chip MicroController Arduino, ATMEGA 328P, berkomunikasi dengan Computer / Laptop menggunakan USB, yang melalui Chip-Perantara ATMEL 16U2. (Rujuk gambar di bawah)

Board-board Arduino yang murah-murah dari China kebanyakannya tidak menggunakan Chip 16U2 ini. Mereka menggukana Chip lain iaitu Chip CH340 . (Rujuk gambar di bawah)

Computer atau Laptop, perlu mempunyai driver yang betul untuk berkomunikasi dengan Chip perantara ini.
Software Arduino IDE, memang datang sekali dengan driver untuk ATMEGA 16U2.
Untuk anda yang mempunyai Board dengan Chip CH340, rujuk URL di bawah untuk dapatkan driver CH340. Download dan install driver tersebut, sebelum menyambungkan Arduino Board anda.
Klik untuk Download Driver CH340.
Nota Tambahan:
Terdapat satu lagi chip yang biasa digunakan dalam board NodeMCU, iaitu Chip CP2102. Chip ini juga perlukan driver untuk CP2102.
LANGKAH #4 : Sambungkan Arduino Pada PC/Laptop
Langkah seterusnya, selepas install software, terus sambungkan Arduino anda pada Laptop/PC dengan menggunakan USB cable.


Lampu Hijau “ON” menandakan Arduino telah diberi kuasa.
LANGKAH #5 : Pastikan Port Komunikasi Dikesan

Di Top-Menu, pilih “Tools” dan lihat bahagian “Port”.
“Port” akan berwarna kelabu dan tidak dapat dipilih jika Arduino tidak disambungkan.
Jika Arduino telah disambungkan dan masih kelabu, tunggu beberapa saat sehingga ia menjadi hitam.
Jika selepas beberapa minit, ia masih kelabu, ini bermakna ada kemungkinan masalah hardware atau teknikal.

Apabila komputer dapat mengesan Arduino Board, “Port” akan bertukar menjadi Hitam-solid dan ia boleh dipilih. Mana-mana Arduino Board akan dikenali sebagai COMX, atau apa-apa nombor lain seperti COM5, COM6 dan nombor-nombor lain.
Tekan ‘right’ pada COMX tersebut.
COM4 ini adalah nama lainnya, communication port. Kebiasaanya COM4 menunjukkan jenis sambungan “Serial” telah disambungkan pada komputer anda.
Arduino berkomunikasi dengan komputer melalui Serial-Communication, dimana segala data ditransfer melalui aliran stream data binary dalam bentuk serial.
(Anda bole ikuti artikel di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Serial-Communcation)
PENTING! : Pastikan anda memilih Board yang betul dalam pilihan “Board”

Dalam pilihan “Board”, pilih board anda:
- Arduino\Genuino UNO – untuk Arduino UNO
- Arduino\Genuino Nano – untuk Arduino NANO
- Arduino\Genuino Mega or Mega 2560 – untuk Arduino MEGA
LANGKAH #6 : Uji Arduino Anda Dengan ‘Sketch’ Yang Mudah
Apabila Arduino berjaya dikesan, anda boleh mengupload sebarang ‘Sketch’ pada Arduino anda, dari yang paling mudah ke yang paling complicated.
Jangan risau mengupload sebarang Sketch, anda boleh mengupload Sketch BANYAK kali sehingga 10,000 kali seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi Arduino.
Dalam komuniti Arduino, program atau coding yang ditulis dalam Software Arduino IDE dipanggil ‘Sketch’.
Anda boleh mencuba antara 2 sketch mudah dibawah:
Sketch #1: “Hello World” – Void Setup
void setup() { // bahagian untuk setup code Serial.begin(9600); //Line #1 Serial.print(" Hello World "); //Line #2 } void loop() { // main code yang akan berulang-ulang }
Ini adalah antara sketch yang paling simple untuk menguji Arduino.
Sketch atau code ini akan mengeluarkan ayat “Hello World” di dalam Serial Monitor, sekali sahaja!
(kerana coding utama berada dalam “Void Setup” sahaja)

Ikuti Langkah #6 untuk ketahui bagaimana melihat Serial Monitor.
Sketch #2: “Hello World” – Void Loop
void setup() { // bahagian untuk setup code Serial.begin(9600); //Line #1 } void loop() { // main code yang akan berulang-ulang Serial.print(" Hello World "); //Line #2 Serial.println(); //Membuat Line Baru dalam Serial Monitor }
Sketch ini pula, akan mengeluarkan ayat “Hello World” di dalam Serial Monitor, berkali-kali!
(kerana coding utama berada dalam “Void Loop” sahaja)

Copy mana-mana code di atas, dan paste-kan (padam apa yang ada dalam IDE dulu) di dalam ruangan programming.
Pastikan anda save dahulu Sketch yang telah dipaste tadi.
Pilih File > Save As , dan window save akan pop-up.
Berikan nama pada file sketch tadi, dan save.

Kemudian, upload Sketch tadi ke dalam Arduino anda dengan semudah menekan butang “Upload” seperti dalam gambar di bawah:

Ketika upload, bahagian notification akan mengatakan “Compiling Sketch” dahulu, kemudian barulah ia akan menunjukkan “Uploading”. Status Bar juga akan bergerak.
Setelah selesai Upload Sketch, bahagian notification akan menunjukkan
“Done Uploading” dan Arduino anda akan mula menggunakan Sketch baru tersebut.
LANGKAH #7 : Gunakan ‘Serial Monitor’ Untuk Melihat Keluaran Dari Sketch Anda
Serial Monitor dapat dibuka dengan semudah menekan icon Serial Monitr di atas-kanan window.

Apabila, “Hello World” terpapar dalam Serial Monitor anda, bermakna Arduino andadapat berfungsi dengan baik.
Anda boleh tinggalkan sebarang persoalan dalam ruangan comment jika anda memerlukan bantuan mengenau Arduino atai DIY.
Beberapa Tutorial yang kami sediakan untuk Beginners tanpa latar-belakang programming ada seperti berikut:
- Langkah Pertama dengan Arduino
- Tutorial #1: Digital Output Arduino dengan LED
- Tutorial #2: Traffic Light!
- Tutorial #3: Digital Input dengan Push-Button
- Tutorial #4: Digital Input Advance
- Tutorial #5: Digital Input & Operasi Matematik
- Tutorial #6: Analog Input dengan Potentiometer
- Tutorial #7: Fungsi Mapping dan Analog Input
- Tutorial #8: Terang/Malap LED & PWM Output
- Tutorial #9: AUTO Terang/Malap LED & for() Loop
- Tutorial #10: Kawalan Servo dengan Servo.h Library
- Tutorial #11: Kawalan DC Motor dengan Module L298N
Beberapa Artikel bacaan yang kami syorkan diperingkat awal.
One thought on “Langkah Pertama Mempelajari Arduino | Arduino”