Arduino IDE Software | Belajar Arduino 101

Arduino IDE Software, atau nama penuhnya Arduino Integrated Development Environment (IDE), adalah software yang menggunakan input coding jenis C/C++ dari pengguna dan menterjemahkan-nya kepada coding HEX/Binary (100101001), sebelum meng-upload-kan coding tersebut ke dalam Arduino Board.

Nota : Artikel-artikel di MatGyver.my telah disesuaikan dan dipermudahkan pemahaman untuk golongan-golongan beginners sehingga intermediate yang hanya memerlukan pemahaman ditahap permukaan sahaja. Namun, comment-comment dari pihak-pihak yang sudah advance adalah amat kami alu-alukan bagi proses penambah-baikan artikel-artikel kami.

C/C++ coding adalah  antara style coding yang mudah difahami berbanding coding lain, dan penggunaannya sangat meluas dalam bidang Engineering seluruh dunia.

process-flow
Bagaimana Coding C/C++ di terjemahkan oleh Arduino IDE.

Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam bagaimana Arduino Software IDE berfungsi dengan lebih terperinci, ikuti artikel di bawah:

SOFTWARE OPEN SOURCE

Software Arduino IDE adalah percuma dan Open-Source, iaitu bebas digunakan umum dengan license terbuka GPL dan LGPL . Anda boleh dapatkan software Arduino yang official dan latest di website rasmi Arduino.cc :

3 PERKARA PERTAMA BEGINNERS PERLU TAHU!

Sebelum mula belajar coding, kami sarankan para beginners ketahui 3 perkara asas di bawah ini, yang akan selalu dijumpai dalam mana-mana coding.

‘SKETCH’
Program atau coding yang ditulis dengan Arduino IDE dipanggil SKETCH. Perkataan sketch digunakan oleh semua pengguna Arduino seluruh dunia. Sketch yang ditulis dalam Arduino IDE, di-save-kan dalam file .ino iaitu file rasmi Arduino IDE.

‘//’ NOTA
‘//’ dua palang ini jika anda jumpa dalam mana-mana sketch Arduino atau sketch yang di download, ia bermakna Nota-Kaki atau Nota yang ditinggalkan oleh penulis sketch tersebut sebagai reference.

‘{ }’ SEMI-COLON
‘{‘
merupakan simbol pembukaan sesuatu fungsi,manakala
‘}’ merupakan simbol penutup sesuatu fungsi.

Fungsi asas yang ada dalam IDE adalah, Void Loop() dan Void Setup().
Apabila anda advance lebih jauh, anda akan kenali pula fungsi loop lain seperti While(), If(), dan For(). Dan seterusnya, anda juga boleh membuat fungsi sendiri, sebagai contoh FungsiSaya().

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 3 perkara ini, ikuti artikel di bawah:

BUTANG-BUTANG ASAS DALAM IDE

Seperti mana-mana software computer, Fungsi dan Command Asas yang ada dalam Arduino IDE adalah sama; seperti File, New, Open, Edit, Help dan lain-lain.

software-arduino-1
Rupa asas environment dalam Arduino IDE Software.

COMMAND DAN FUNGSI ASAS

Berikut adalah antara beberapa Fungsi dan Command yang penting dan selalu digunakan pada Arduino IDE:

  • FILE
    -New
    Membuka Sketch baru untuk project baru.
    -Open
    Membuka Sketch yang telah disave dalam drive computer anda.
    -Examples
    Mengandungi contoh-contoh sketch untuk fungsi-fungsi tertentu yang telah
    di-built-in dalam Arduino IDE. Ada sesetengah sketch anda cuma perlu open dan upload terus dalam Arduino Board anda.
    -Save/Save As
    Untuk save/simpan file Sketch dalam computer anda.
  • EDIT
    -Go to line…
    Kadang-kadang ketika compile, sesuatu error akan mengatakan ‘error’ tersebut berada di lain ke-berapa. Sebagai contoh, line 198. Gunakan fungsi ini untuk terus ke line tersebut.
    -Copy as HTML
    Untuk copy coding anda dan dipost dalam blog atau forum dalam bentuk HTML.
    Apabila copy paste persoalan mengenai coding dalam forum, fungsi ini selalu digunakan.
    -Find
    Jika anda perlu mencari sesuatu variable atau fungsi dalam coding yang dah berjela-jela, gunakan fungsi ini untuk find/search variable tersebut dengan mudah.
  • SKETCH
    -Verify/Compile
    Sama seperti fungsi dalam icon Quick Launch di bawah.
    -Upload
    Sama seperti fungsi dalam icon Quick Launch di bawah.
  • TOOLS
    -Serial Monitor
    Berfungsi untuk melihat mana-mana output yang di ‘print’ dalam serial.
    Tidak semua coding menggunakan Serial Monitor.
    -Board: “Arduino Uno”
    Pastikan anda pilih jenis board yang sama dengan board yang anda guna; UNO, NANO, MEGA 2560 dll.
    -Processor: “ATmega328”
    Pastikan anda pilih jenis processor yang sama dengan board yang anda guna; ATmega328 (untuk kebiasaan UNO dan NANO) mega 2560 (untuk kebanyakan MEGA), ATmega16u2, ATmega168, dll.
    -Port
    Apabila Arduino Board disambungkan pada USB, ia dikenali oleh computer sebagai “Communcation Port” dengan simbol COM4 atau apa-apa nombor lain. Pastikan anda tick ‘right’ pada COMX tersebut.
    -Programmer: “AVRISP mkII”
    Biarkan dan jangan ubah ini.
  • HELP
    Lain-lain.

QUICK LAUNCH ICON

Verify
Compile dan check jika coding anda bermasalah atau tidak.
Upload
Compile dan upload coding(sketch) anda ke dalamNote: If you are using an external programmer with your board, you can hold down the “shift” key on your computer when using this icon. The text will change to “Upload using Programmer”
Serial Monitor
Memaparkan window Serial Monitor, untuk melihat aktiviti Serial

Fungsi-fungsi dan command-command lain boleh didapati dalam menu:
File, Edit, Sketch, Tools, Help.

Jika anda ingin mengetahui ‘semua’ fungsi yang ada selain dari fungsi-fungsi yang biasa digunakan di atas, ikuti artikel dari Arduino.cc:

BAGAIMANA NAK CODING ? (Menulis Sketch)

Setelah download dan mengenali butang-butang asas dalam IDE, kami sarankan anda teruskan dengan beberapa tutorial di bawah:

  1. Untuk terus pelajari mengenai Asas Coding dalam Arduino IDE, ikuti aritkel berikut:
  2. Untuk terus hidupkan dan test Arduino anda tanpa mengetahui Asas Coding, ikuti artikel tutorial berikut:

NOTA TAMBAHAN UNTUK BEGINNERS

Pada peringkat awal, anda tidak perlu risau jika tidak pandai dan tidak mahir coding, kerana kebanyakan code yang kami sediakan di MatGyver.my boleh terus dicopy-paste dan terus digunakan tanpa mengubah apa-apa. Pastikan anda mengikuti setiap langkah serta sambungan wiring-hardware dengan betul.

“Fahami hardware dahulu, dan perlahan-lahan fahami coding melalui tutorial.”

Kami di MatGyver.my mengasaskan setiap tutorial kami berdasarkan ‘DIY Hands-On Learning’ iaitu pembelajaran sambil aktiviti pembuatan DIY. Setelah melihat hasil Output coding dan cara pendawaian, perlahan-lahan cuba ingat dan fahami maksud setiap coding. Ia tidaklah begitu susah. Apabila sudah biasa, ia pasti berada di hujung minda sahaja.

“Kesalahan menulis code jarang sekali merosakkan board.
Yang selalu merosakkan board adalah kesalahan hardware-wiring.”
-MatGyver.my-

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai Arduino dan mana-mana project, anda dipersilakan untuk meninggalkan comment dalam mana-mana artikel kami, atau anda boleh terus tinggalkan persoalan dalam Forum Perbincangan DIY kami di :

MatGyver.my menyediakan forum ini untuk perbincangan komuniti DIY Hobbyist termasuk Arduino untuk yang beginners mahupun Advance. Daftarkan account dalam forum untuk mula menggunakannya.

Beberapa Artikel bacaan lain yang kami syorkan:

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

One thought on “Arduino IDE Software | Belajar Arduino 101

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: