Microprocessor VS Microcontroller VS CPU

3 terma ini seringkali mengelirukan. Bagi mereka-mereka yang mempunyai latar belakang electronics, mereka pasti tahu membezakan antara 3 terma ini, namun bagi DIY hobbyist dan yang tiada latar-belakang electronics, ia sangat mengelirukan.

Seringkali, kita mengabaikan maksud 3 terma ini kerana kita tidak mementingkan pada nama atau teori, kita focus kepada penggunaan serta output yang dihasilkan.

Usah gaduh-gaduh, kalau berdebat lama-lama pun, projek kita tidak siap juga!

SEMUA BERMULA DENGAN CPU

CPU atau nama penuhnya, Central Processing Unit, adalah asas kepada elektronik kompleks yang melakukan pengiraan dan pemprosesan data binary digital pada kelajuan yang menakjubkan. CPU merupakan nama asas dan general pada unit yang memproses maklumat di atas.

Secara amnya, CPU boleh terdiri dari sebiji cip IC, beberapa cip IC mahupun tediri dari beberapa transistor yang gabungkan dalam satu circuit. Yang penting, mereka melakukan jenis aktiviti yang sama, iaitu memproses data.

snapdragon-800-back-closeup-portrait-w628
Processor Snapdragon 800, yang terdapat dalam kebanyakan Smart-Phone Android.  Source: http://www.androidpit.fr

CPU SAHAJA TIDAK CUKUP

Namun, memunyai CPU sahaja adalah tidak lengkap untuk sesuatu sistem berfungsi sepenuhnya. Sesuatu sistem elektronik yang menggunakan CPU perlu mempunyai komponen-komponen sokongan lain seperti:

  1. Power Supply
  2. Memory atau Storage
  3. Input/Output Peripherals

POWER SUPPLY
Supply Voltage dan Current yang optimum adalah sangat penting pada sistem elektronik yang menggunakan CPU. Voltan dan current yang disupply juga haruslah ditapis dan di-regulate agar stabil, kerana CPU adalah sensitif pada gangguan noise pada voltan.

MEMORY/STORAGE
Sistem yang mempunyai CPU, perlu juga mempunyai tempat simpan data atau memory. Juga paling penting, adalah tempat simpan coding atau software asas sistem tersebut.

INPUT/OUTPUT PERIPHERALS
Peripherals adalah pengantara-komunikasi, antara CPU dan dunia luar. Tanpa peripherals, kita tidak dapat melihat mahupun berkomunikasi dengan CPU.

Contoh INPUT-Peripheral adalah seperti mouse, keyboard dan joystick. Input lain yang lebih asas adalah, butang, potentiometer, sensor dan sebagainya.

Contoh OUTPUT-Peripheral pula adalah seperti screen laptop dan tv. Output asas yang lain adalah seperti lampu LED dan Motor Electric.

Tanpa komponen-komponen sokongan di atas, kita tidak dapat melihat hasil atau apa yang berlaku pada maklumat yang diberikan pada CPU tersebut.

controlroom
Control Room beberapa dekad yang lalu.

Pada awal penciptaan komputer, satu unit-CPU mampu mengambil ruang sebesar satu bilik, apatah lagi komponen-komponen sokongan seperti I/O Peripherals.

APA ITU MICROPROCESSOR ?

Microprocessor adalah unit-CPU yang berada dalam bentuk Satu-Cip IC sahaja.
(Sumber : http://electronics.stackexchange.com/)

Dalam sebuah unit CPU, ada pelbagai komponen dan pelbagai IC-cip juga transistor.

Pembahagian komponen-komponen asas komputer kepada bentuk Satu-Cip (Single-Cip) atau satu komponen yang boleh diganti-ganti telah mempermudahkan  proses penyelenggaraan atau repair serta proses upgrade/downgrade.

Bukankah lebih susah untuk repair dan baik-pulih Smartphone atau Komputer jika unit CPU sahaja sudah terbahagi kepada 4 atau lebih komponen yang berasingan?
-MatGyver-

Namun begitu, Microprocessor merupakan unit CPU sahaja dan tidak mempunyai komponen-komponen sokongan yang lain.

Dengan mengasingkan CPU dan unit-unit sokongan, adalah mudah untuk design suatu sistem yang kompleks seperti komputer dan smartphone. Malah kapasiti dan spesifikasi phone atau komputer tersebut dapat di optimumkan berdasarkan size mahupun berdasarkan keperluan.

MICROCONTROLLER PULA APA ?

8ed76ad7-a063-468e-8bab-349005d812de
Gambar menunjukkan komponen-komponen di dalam sebuah Microcontroller.

Jikalau Microprocessor, menggabungkan asas sebiji CPU ke dalam sebiji IC-chip, Microcontroller pula menggabungkan asas sebuah Sistem ke dalam satu IC-chip!

Rujuk sahaja gambar di atas, anda boleh lihat kesemua komponen, CPU, memory, peripherals dan lain-lain, di kompak-kan ke dalam satu unit chip sahaja!

Namun begitu, apabila semua komponen di kompak-kan dalam satu unit kecil, unit tersebut mempunyai limitasi-limitasi tertentu, terutamanya pada jenis, kapasiti dan kelajuan data yang mampu diproses. Yang paling jelas adalah jumlah I/O-connection yang mampu di kawal oleh Microcontroller tersebut.

fige-22.jpg
Microcontroller terdapat dalam pelbagai jenis size mengikut kapasiti.

Secara ringkas, kita dapat rumuskan, Microprocessor adalah IC Chip yang digunakan dalam applikasi-applikasi pintar dan kompleks seperti  komputer dan smartphone, yang memproses pelbagai maklumat seperi gambar, video, penulisan, games dan sebagainya.

Applikasi-applikasi pintar kebiasannya berhubung terus dan direct dengan pengguna, iaitu manusia (kita) melalui sokongan paparan screen seperti LCD.

makeblock-mbot-blue-bluetooth-version-scratch-2-mbot-upgrated-version-v1-1-arduino-robot-diy-car-kit-kids-toys-robot.jpg
Antara robot DIY mudah dan ringkas. Sumber : http://www.SolidProp.net

Manakala, Microcontroller pula banyak digunakan dalam applikasi-applikasi robotik, automasi dan permesinan yang kebanyakannya menghubungkan mesin-dengan-mesin dan tidak memproses maklumat yang kompleks seperti gambar dan video, malah hanya mementingkan maklumat digital 100110101. Maklumat ini kebiasaannya digunaka untuk memproses input-input dari sensors kepada output kawalan seperti lampu, motor elektric, dan LCD screen kecil.

DJI-Mavic-Pro.jpg
Drone tercanggih abad ini,Mavic Pro dari DJI, juga menggunakan Microcontroller dalam Flight-System dan Controller. Sumber: thatflyingthing.com
medium_4058afad-4331-40ab-9a4e-30b49c72447b.jpg
DJI Mavic Pro, mampu dikawal pada jarak maksimum 7 km, juga mempunyai pelbagai sensor untuk automasi penerbangan.

Beberapa Artikel bacaan lain yang kami syorkan:

  • Apa itu Arduino?
  • Asas Arduino IDE untuk Beginners
  • Serial Communication | Arduino
  • Analog-ke-Digital
  • Potentiometer Sebagai Analog Input
  • DIY Drone | Arduino (akan datang)
  • DIY Remote Control | Arduino (akan datang)

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: