Apa itu Arduino?

Arduino adalah satu revolusi dalam Hobby DIY dan Rekacipta.

DAHULU, pelbagai Circuit perlu dibina dan pelbagai Komponen-Elektronik perlu didapatkan untuk membuat projek-projek electronics seperti mengelip lampu, mendapatkan bacaan sensor, membuat kereta kawalan robotik dan pelbagai projek inovasi lain. Semakin kompleks projek atau applikasi yang mahu dibina, semakin KOMPLEKS Circuit yang perlu dibina, dan KEPAKARAN Electronics sangat diperlukan.

Dengan Arduino hari ini, suatu projek robotik dapat dibina dalam masa yang singkat, dan hampir TIDAK memerlukan sebarang aktiviti SOLDERING!

ARDUINO

Arduino sebenarnya, hanyalah suatu CIP MicroController (Mikro-Pengawal) yang boleh diprogram-kan dan mempunyai RAM dan Program-Memory. Board Arduino yang berwarna biru itu, hanya mempunyai circuit support seperti Voltage-Regulator dan Serial-USB Programming Chip. Penggunaan Arduino tidak perlu menggunakan Board biru, dan boleh juga HANYA menggunakan Chip MicroController AtMEGA328P dan boleh dibina Board Applikasi sendiri.

Walaubagaimanapun, syarikat Arduino telah membina Board Biru itu untuk mempermudahkan PROSES-PROTOTYPING semasa suatu projek sedang dibina dan d-iR&D.

Arduino boleh diprogramkan sehingga 10,000 kali melalui Software Arduino IDE yang PERCUMA dan Software ini boleh di-Download secara percuma di lawan-web https://www.arduino.cc/en/software/

HAMPIR SEMUA DEVICE seperti Phone, Kipas Rumah, Mouse Computer, Remote Aircond, Gamepad, Remote Control, Perkakas Electric seperti Aircond, dan Remote Control TV MEMANG menggunakan Chip MicroController bukan setakat untuk proses yang kompleks, malah untuk aktiviti semudah Remote Control.

BAGAIMANA MEMPELAJARI ARDUINO ?

Membuat sebuah PROJEK INOVASI dengan Arduino, sebenarnya adalah SUKAR dan SUSAH dan memerlukan KEMAHIRAN PROGRAMMING yang tinggi.

Copy dan Paste Coding dalam Internet dan Upload dalam projek mungkin berhasil diperingkat awal. Masalah yang sering dihadapi BEGINNERS adalah, apabila Project yang di-Copy mahu diubah walaupun sedikit sahaja.

APA YANG BEGINNERS TIDAK TAHU

  • Projek yang dikongsikan di Online, telah dibina untuk sesuatu Applikasi tertentu.
  • Perubahan walau suatu fungsi kecil dalam Project boleh menyebabkan ke-SEMUA struktur CODING perlu di-Ubah 100%
  • Untuk mengubah suatu CODING PROJECT, Coding PERLU DIFAHAMI dari A-hingga-Z dahulu, barulah Programmer akan tahu dimana patut diubah dan ditambah.
  • PEMAHAMAN Coding hanya akan datang dari PENGALAMAN MEMBINA PROJECT dan latihan yang banyak.

LAIN PROGRAMMER, LAIN MAZHAB

Disebabkan Programming Arduino adalah berdasarkan Konsep OPEN-SOURCE, terdapat PELBAGAI dan BERBAGAI kaedah programming yang berlainan, yang dapat menghasilkan Output Project yang sama.

Lain “Mazhab-Coding”, lain kaedah membina program coding. Ada mazhab coding yang programnya boleh diubah dengan mudah, tetapi majoriti Coding Project di Internet, perlu diBINA-SEMULA 90%~100% apabila hendak menambahkan fungsi, disebabkan KAEDAH “Mazhab-Coding” yang berlainan.

MAHIR DALAM ARDUINO

Ilmu Programming Arduino adalah satu bentuk KEMAHIRAN. Menghadiri Kursus dan juga mempelajari Programming Arduino melalui mentor, boleh memperbetulkan KAEDAH “Mazhab-Coding” dan Perjalanan Pembelajaran Arduino akan lebih tersusun.

Walaupun begitu, Kemahiran Programming Arduino, HANYA dapat dibina melalui PENGALAMAN MEMBUAT PROJEK yang banyak, dan pengalaman menyelesaikan PELBAGAI PERMASALAHAN Coding.

Ia boleh diibaratkan seperti Subjek Matematik di Sekolah. Guru mengajar TEORI dalam 1-2 hari, akan tetapi, HOMEWORK / KERJA-RUMAH diberi dengan AMAT-BANYAK untuk membina kemahiran mengira Matematik.

Walaupun begitu, akan terdapat kategori Pelajar Cemerlang, dan juga kategori Kurang Cemerlang.

BELAJAR ARDUINO SENDIRI

Pembelajaran Arduino Sendiri digalakkan untuk individu mempunyai LATAR BELAKANG programming web seperti .HTML , .JAVA, .PHP dan pelbagai programming lain, kerana struktur Coding Arduino adalah hampir serupa.

Walaubagaimanapun, untuk individu yang tiada langsung Latar-Belakang atau Pengalaman programming, adalah amat disarankan untuk pergi ke kursus atau bermentor, supaya KAEDAH “Mazhab-Coding” adalah BETUL dari peringkat awal.

REVOLUSI CODING MICROCONTROLLER

Revolusi-Arduino sebenarnya hanyalah revolusi pada kaedah memprogramkan board MicroController tersebut.

eb01
Contoh Software yang digunakan untuk memprogram Microcontroller suatu masa dahulu. Semuanya adalah coding binary dan ASCII. Kalau beginilah Electronics Engineering, memang saya sendiri pun tidak mampu untuk belajar!

Dahulu, sebelum Arduino tercipta, MicroController perlu diprogram dengan kaedah di atas. Hanya Graduan MicroElektronik sahaja yang mampu memprogramkan MicroController!

arduino-robot-12.png
Salah satu contoh programming code menggunakan Software Arduino. Lihat betapa mudah untuk difahami berbanding cara lama!

Kehebatan Arduino, terletak pada Software-Memprogramnya seperti rajah di atas. Kaedah memprogram telah dipermudahkan hampir 1000x, melalui Teknologi Coding, bahasa C/C++.

Dengan teknologi coding C/C++ ini, hampir sesiapa sahaja, mampu belajar dan mampu memprogramkan board MicroController walaupun tidak mempunyai pengetahuan mengenai MicroChip!

BEBERAPA KELEMAHAN CARA PROGRAMMING LAMA ADALAH:

  • Sesetengah Microcontroller hanya mampu diprogram Sekali sahaja!
    Microcontroller baru diperlukan, untuk memasukkan program yang baru!
  • Circuit-Programmer Khas diperlukan untuk membuat aktiviti programming.
  • Size Microchip yang besar, menjadikan prototype circuit anda sangat besar.
  • Setiap sambungan wire, harus di-Solder 1-per-1 !
  • “Komponen-Secondary” PERLU di-Solder dan dibina pada Circuit utama, seperti perintang, capacitor, voltage regulator, transistor, dan semua komponen-komponene halus yang lain!

REVOLUSI ARDUINO

Kewujudan Arduino telah me-Revolusi dan mempercepatkan proses prototyping circuit electronik sehingga hanya memakan masa beberapa minit sahaja!

51bf4313ce395f1027000000.png
Yang dipetakkan merah adalah Microcontroller chip Arduino. Kebanyakannya berasaskan cip ATMEL.

Komuniti Arduino Dunia telah terbina sejak tahun pengeluarannya, tahun 2005. Sejak dari itu, pelbagai inovasi dan ciptaan telah dihasilkan oleh pelbagain golongan mahupun pelajar-pelajara sekolah!

adafruit_products_Phone_tutorial_iso_assembled_ORIG.jpg
Contoh Arduino-Phone dari adafruit.com . Tiada yang mustahil.

Dengan hanya memasukkan arahan-arahan (code) tertentu ke dalam Microcontroller Arduino, and mampu membuat Arduino membaca maklumat Input sensor-sensor tertentu seperti bunyi, cahaya, pergerakan, dll. kepada memproses maklumat tersebut untuk menggerakkan sesuatu Output seperti lampu, motor, atau applikasi-applikasi web dan komputer.

Beberapa Project Arduino hasil dari #teamMatGyver:

Racing Timer
Robot Wars Battle
Programmable 6-Axis Display Robot
Mobile App for Arduino Projects

(Dapatkan Module-module yang telah ditest fungsinya di Kedai MatGyver.my)

img-20130520-00623-compressed
Cara programming Microcontroller yang rumit suatu masa dahulu. Masa banyak dihabiskan dalam hardware setup.

Arduino mampu berinteraksi dengan kebanyakan komponen electronics dari yang halus kecil seperti LED, butang atau suis, electric motor, kamera, unit GPS, sehingga komponen-komponen besar dan sophisticated dengan menggunakan circuit perantaraan.

MENGAPA ARDUINO ?

51bf4313ce395f1027000000.png
Arduino vs Raspberry Pi atau MicroController lain

Terdapat beberapa pendapat serta mazhab mengenai Board yang mana patut dipelajari dahulu.

Bagi kami di MatGyver, walaupun terdapat banyak lagi board-board yang hebat berbanding Arduino, namun Arduino masih menang dari segi, Kaedah Memprogram yang lebih Mudah, Harga yang mampu Milik, Support Komuniti Online yang Kuat, serta Mudah Diperoleh dan Didapati.

Harga Mampu Milik!

Antara yang penting bagi hobbyist adalah jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk hobby tersebut. Dengan kebanyakan replica dan compatibles yang wujud dalam pasaran hari ini, anda mampu memiliki board Arduino bermula dari RM15 sehingga RM200++ bergantung pada jenis board yang diperlukan untuk project anda.
(Anda boleh mendapatkan Arduino board di store.MatGyver.my )

Support Komuniti Online yang Kuat!

Ini adalah ciri terpenting bagi Arduino. Arduino menggunakan Creative Common license, CC BY-SA 3.0 yang menjadi asas kekuatan komuniti Arduino. Dengan license ini, ia membolehkan sesiapa sahaja mengguna dan mengubah material tersebut dengan syarat mereka juga kongsikan juga apa yang mereka hasilkan dengan license yang sama pada komuniti.

1280px-cc-by-sa_icon-svg
Logo CC BY-SA 3.0

Ciri ini telah membuatkan komuniti Arduino berkembang pesat di seluruh dunia dan berkongsi hasil kreativiti masing-masing di Online dengan pelbagai guide serta tutorial.

Dalam masa yang sama, setiap input dari komuniti setiap hari digunakan oleh pihak Arduino untuk menambah-baik produk, hardware, software juga library-library Arduino dari masa-ke-semasa.

Software Percuma!

Arduino Software IDE (Software Programming) boleh di-install pada Windows, Linux mahupun Macintosh (Apple). Jadi, tiada limitasi pada penggunaan software tersebut

Software programming Arduino adalah PERCUMA! dan boleh didownload di website Arduino.cc . Anda juga boleh ikuti tutorial kami, bagaimana install Arduino Software IDE.

Cara Program Mudah!

Anda tidak perlu tahu dari A-to-Z mengenai setiap 2000++ komponen programming software Arduino. Arduino mempunyai bermacam-macam variable dan coding yang boleh digunakan. Namun, jika kita hanya master yang basic pun sudah memadai untuk menghasilkan output-arahan yang kita perlukan.

Copy-Paste coding, buat sambungan hardware dan wiring  dan anda akan dapat Output yang dimahukan. Begitu mudah Arduino. Namun jiak anda hendak membuat Masters atau PhD, eloklah, pelajari dengan terperinci kesuma coding dan maksud setiap variable.

Anda juga boleh sertai Kursus Pemantapan Asas Arduino anjuran MatGyver untuk boost pembelajaran Arduino!

APA YANG ADA PADA ARDUINO ?

Jadi, apa yang sebenarnya ada pada Arduino yang hebat sangat ini?

Jika anda dari latar belakang Electronics Engineering, maka anda sudah semestinya tahu perkara-perkara penting bagi sebuah Microcontroller.
(mungkin anda boleh rujuk artikel ini untuk info lebih mendalam mengenai electronic circuit Arduino)

8ed76ad7-a063-468e-8bab-349005d812de
Komponen asas sebuah Microcontroller (MCU).

Rajah di atas merumuskan tentang perkara-perkara asas sebuah Microcontroller.

Untuk yang pertama kali, kita mudahkan bahasa dengan menyatakan, sebuah Microcontroller adalah seperti satu komputer kecil yang menganalisa dan compute segala input dan data dalam bentuk digital atau binary iaitu bahasa 1010110101.

Beberapa komponen asas Microcontroller adalah:

  1. Processor/CPU
  2. Input Voltage Regulator
  3. Crystal Oscillator yang menentukan kelajuan CPU
  4. Memory & RAM untuk menyimpan code & software
  5. Input/Output Peripherals

(Rujuk artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut dan perbezaan Microprocessor vs Microcontroller)

Bagi beginners, komponen dari 1-4 adalah kurang penting untuk diambil tahu. Apa yang penting adalah Input/Output Peripherals yang anda perlukan untuk projek anda.

Jenis-jenis Input/Output Peripherals yang terdapat pada Arduino:

Rujuk setiap artikel di atas untuk mengetahui terperinci setiap peripherals.

Bagi beginners, untuk peringkat permulaan, pastikan anda masterkan 3 peripherals yang pertama yang menjadi asas Microcontroller. Kemudian, barulah anda jelajah peripherals yang lebih advance seperti SPI, I2C dan sebagainya.

presentation1
Contoh Peripherals yang terdapat pada sebuah Arduino Board | Arduino Uno R3

PELBAGAI JENIS ARDUINO

arduino-comparison
3 jenis Arduino yang lazim dalam pasaran. 

Pemilihan jenis Arduino adalah bergantung pada keperluan projek anda. Untuk yang mahu mencuba pelbagai jenis circuit sebagai hobby, memiliki satu Arduino UNO adalah memadai dengan jumlah INPUT/OUTPUT yang ada.

Jika size menjadi fokus project anda, dan anda mahukan sesuatu yang kecil dan kompak, Arduino NANO adalah pilihan yang terbaik. NANO adalah hampir sama dengan UNO, cuma sizenya saja yang kecil.

Jika projek anda memerlukan INPUT/OUTPUT yang banyak, MEGA adalah solusinya. Arduino MEGA mempunyai 54 pin digital input/output  (15 boleh digunakan untuk PWM output), 16 Analog input, 4 UARTs (hardware port serial), satu 16 MHz crystal oscillator, plug USB,  ICSP header dan jack power untuk disambung pada mana-mana power supply yang ada dipasaran.

Ikuti artikel-artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai setiap jenis Arduino:

  • Arduino UNO
  • Arduino NANO
  • Arduino MEGA

Untuk pmendapatkan Board Arduino untuk projek-projek anda, layari webstore kami di URL di bawah:

Kedai Hobby & DIY MatGyver.my

APA ITU MODULE ?

Module adalah unit komponen tambahan yang di buat oleh syarikat-syarikat lain yang boleh diguna pakai bersama Arduino sebagai unit Input atau Output.

composicion1
Ada berbagai-bagai Module yang berada dipasaran. Pastikan anda dapatkan Module-module yang telah diuji keberkesanannya. 

Disebabkan hampir semua electronics yang wujud menggunakan asas komunikasi digital yang sama, hampir segala jenis module yang ada dipasaran mampu digunakan pada Arduino. Cuma, pastikan anda semak jenis sambungan atau protocol Input/Output yang digunakan.

Antara beberapa module yang terdapat dalam pasaran:

  • Ultrasonic Sensor : mengesan jarak
  • Xbee Module : komunikasi wireless
  • nRF24L01+ : komunikasi wireless murah!
  • Photoelectric Sensor : mengesan cahaya
  • Barometer : mengesan altitude
  • Gyroscope : mengesan arah dan orientasi
  • Motor Driver : mengawal kelajuan motor

Namun, harus juga anda berhati-hati dengan module-module palsu atau yang tidak reliable. Pastikan anda dapat mencuba atau menguji terlebih dahulu fungsi setiap module yang anda beli.

Kami di MatGyver.my menguji setiap module yang dijual di Kedai MatGyver.my agar berfungsi seperti yang dijanjikan. Juga terdapat Warranty-Gantian untuk sebarang module yang bermasalah.


Beberapa Tutorial  yang kami syorkan untuk anda cuba sebagai beginners.

Beberapa Artikel bacaan yang kami syorkan diperingkat awal.

4 thoughts on “Apa itu Arduino?

    1. Ladder diagram itu adalah “jenis” software programmer. Memang ada software yang membuat program Arduino berdasarkan Ladder Diagram, tapi saya tidak ingat apa namanya.
      Cumanya, dalam programming MicroController ni, yang penting adalah sumber rujukan yang banyak supaya senang ada reference bila nak coding/program suatu project.
      Program Arduino dengan Ladder terlalu sedikit orang yang gunakan, ini bermakna tidak ada banyak sumber rujukan.
      Bila tidak banyak sumber rujukan, susah untuk kita kaji dan kenal-pasti sebarang masalah.
      Komuniti Arduino semuanya berdasarkan C++ Programming. Bila tanya mereka berkenaan C++ Programming Arduino, insyaAllah laju saja orang akan bantu, Tapi jika tanya mereka tentang suatu masalah berkenaan Ladder programming Arduino, mesti “krik krik krik” tak ada orang bantu, sebab komuniti tak gunakan teknik tersebut.

      Like

    1. Tuan nampaknya masih kurang jelas apa itu sensor apa itu Arduino.
      Persoalan paling penting, apa tugas sensor tu ?
      Jika faham tugas sesuatu sensor, fungsi sesuatu sensor dalam project dan keperluan asas sesuatu sensor,
      barulah anda akan faham keperluan penggunaan Arduino.

      Perumpamaan, nak parut kelapa boleh guna sudu? Boleh.
      nak parut kelapa perlu guna mesin parut ke ? Boleh juga.
      nak parut kelapa dengan pisau boleh ke ? Boleh.

      Jadi saya cadangkan tuan rujuk video-video yang menerangkan dengan detail berkenaan sensor yang tuan nak gunakan.
      Jika nak guna kaedah lain selain Arduino, boleh, tapi bukan rujuk pada kami.
      Kami menggunakan mazhab penggunaan Arduino.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: