Tutorial Beginners Arduino

Jika anda baru bermula hendak berjinak-jinak bermula dengan Arduino, Tutorial kami ini telah di-design khas untuk golongan yang betul-betul baru bermula.

Tutorial ini telah di-design dengan berpegang pada prinsip:
“Belajar dengan kaedah Copy dan Paste”

Pembelajaran dengan kaedah meniru Coding yang telah terbukti berfungsi, dan juga Style/Kaedah Coding yang telah diringkaskan serta mudah difahami untuk yang baru bermula dari “Zero”.

Selepas melihat hasil Output dari Coding, cuba fahami setiap Line-Coding dalam sketch dan cuba hadam untuk pemahaman.

BAGAIMANA MENDAPATKAN KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIPERLUKAN UNTUK TUTORIAL INI?

Semua komponen yang diperlukan untuk setiap tutorial telah disenaraikan dibahagian awal setiap Tutorial.

Anda mendapatkan setiap komponen secara berasingan dari mana-mana pengedar/penjual komponen Arduino,
dan juga anda boleh terus membuat pembelian dari WebStore MatGyver.my di URL berikut:

Kedai Hobby MatGyver

 ATAU,

Anda boleh terus mendapatkan kit MGDiy Duino ‘A’ Starter Kit yang mengandungi semua komponen yang diperlukan untuk 11 Aktiviti Tutorial di bawah, dan harganya adalah lebih rendah berbanding dengan membeli semua komponen secara berasingan.

Kit ini boleh didapati di URL berikut:
MGDiy Duino ‘A’ Starter Kit
(atau klik pada gambar untuk terus ke WebStore)

1132549

Selamat Memulakan Perjalanan Arduino anda!

LANGKAH PERTAMA DENGAN ARDUINO

Tutorial ini membantu anda untuk menyalakan Arduino anda buat pertama kali. Antara perkara penting yang difokuskan adalah memastikan Serial Monitor berfungsi dengan baik, iaitu fungsi paling penting untuk Troubleshoot hampir semua Coding/Sketch Arduino.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

cover-photo

TUTORIAL #1: DIGITAL OUTPUT DENGAN LED

Pelajari bagaimana mengawal LED On dan Off dari Tutorial pertama ini. Operasi On dan Off adalah asas kepada Digital Output Arduino.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

cover-photo-tutorial1

TUTORIAL #2: TRAFFIC LIGHT!

Dalam Tutorial ini, anda  akan pelajari bagaimana menggunakan Fungsi “Delay” iaitu fungsi asas timer yang pasti akan digunakan dalam hampir semua projek-projek anda. Asas kepada Traffic Light hanyalah penggunaan “Timer” atau “Delay” untuk memberi tempoh “ON” dan juga tempoh “OFF” bagi setiap LED.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

T2 - Diagram 1

TUTORIAL #3: DIGITAL INPUT DENGAN PUSH BUTTON

Asas signal Input kepada Arduino adalah Digital Input. Kaedah termudah memberi Input Digital kepada Arduino adalah melalui Push Button.
Teruskan untuk mempelajari bagaiman menggunakan butang untuk projek-projek anda.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

digital-input-cf1

TUTORIAL #4: DIGITAL INPUT ADVANCE

Push Button atau Butang, tidak hanya memberi Input untuk On dan Off-kan LED, malah, dengan Arduino, anda dapat programkan aktiviti-aktiviti kompleks yang anda mahu Arduino laksanakan apabila sesuatu butang ditekan.

Dalam Tutorial ini, anda akan mula pelajari menggunakan While() Loop.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

Digital Input Advance-CF

TUTORIAL #5: DIGITAL INPUT BUTANG DAN OPERASI MATEMATIK

Antara aktiviti kompleks yang boleh dilaksanakan oleh Arduino adalah Operasi Matematik. Operasi Matematik memang satu-satunya kaedah untuk memproses maklumat dalam Arduino, seperti memproses maklumat dan signal yang diperoleh dari Sensor.

Dalam Tutorial ini, penggunaan Operasi Matematik digabungkan dengan penggunaanPush Button.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

Digital Input Matematik - CF

TUTORIAL #6: ANALOG INPUT DENGAN POTENTIOMETER

Potentiometer adalah Perintang-Boleh-Laras yang boleh memberikan nilai rintangan yang berbeza-beza mengikut pusingan. Secara tak langsun, ia boleh menjadi Sensor putaran yang mengesan kadar/darjah pusingan sesuatu mekanisma.

Cara membaca input dari Potentiometer adalah berlainan dari Digital Input, dan ia dapat memaparkan nilai-nilai nombor bagi setiap pusingan.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

CF - Analog Input

TUTORIAL #7: FUNGSI MAPPING DAN ANALOG INPUT

Data yang diterima dari Sensor Analog seperti Potentiometer adalah suatu nilai dari 0~1024. Nilai ini dapat diproses dan dipermudahkan lagi dengan menggunakan Fungsi-Mapping.

Kami yakin, anda pasti akan memerlukan Fungsi-Mapping dalam hampir semua projek DIY anda.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

T7 CF - Fungsi Mapping

TUTORIAL #8: TERANG MALAP LED DENGAN PWM OUTPUT

PWM Output juga dikenali sebagai satu bentuk Analog OUTPUT.
PWM Output mampu memberikan Output yang dapat divariasikan untuk menerangkan LED atau applikasi lain, juga untuk memalapkan LED pada kadar yang anda mahukan.

Selepas mempelajari kaedah menggunakan PWM Output, anda pasti dapat gunakan ia untuk mengawal DC Motor bagi kawalan Laju/Perlahan.

Dalam Tutorial ini, anda akan menterjemahkan pusingan Potentiometer untuk mengawal kadar PWM output bagi mengawal Terang-Malap LED secara manual.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

CF - PWM Output

TUTORIAL #9: AUTO TERANG/MALAP LED DAN FOR LOOP()

Salam satu kaedah memberikan Automasi pada project anda, adalah dengan menggunakan For() Loop. For() Loop dapat mengulang sesuatu aktiviti sebanyak mana kali yang telah kita tetapkan dalam Coding/Program.

Dalam Tutorial ini, For() Loop akan digunakan untuk mengawal Terang/Malap LED secara Automatik.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

AUTO PWM - CF

TUTORIAL #10: KAWALAN SERVO DENGAN SEVO.H LIBRARY

Bermain dengan lampu dan LED sahaja memang membosankan. Tambahkan aktiviti-aktiviti dan proses pergerakan pada projek-projek anda dengan komponen mudah seperti Servo ini. Servo adalah komponen yang paling Universal yang dapat digunakan dalam pelbagai applikasi seperti membuka selak pintu, dan macam-macam lagi pergerakan robotik.

Kawalan Servo ini tidak boleh menggunakan fungsi PWM Arduino. Ia perlu dikawal dengan sejenis bentuk PWM yang lain, yang mengawal Pulse pada peringkat Microsecond.

Kawalan ini, telah dipermudahkan oleh pihak Arduino dengan Library Servo.h
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

KAWALAN SERVO - CF

TUTORIAL #11: KAWALAN DC MOTOR DENGAN MODULE L298N

DC Motor tidak boleh dikawal secara direct melalui Output Pin Arduino. Potensi Motor untuk menarik current (Amp) yang tinggi dapat merosakkan chip processor Atmel Arduino.

Motor harus dikawal melalui IC-chip atau Transistor Amplifier.
Module L298N adalah Module Kawalan Motor yang termudah untuk mengawak motor-motor kecil.
(klik gambar atau tajuk untuk terus pada Tutorial ini)

KAWALAN DC MOTOR - CF

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.