Tutorial #5: Digital Input Butang & Operasi Matematik

Dalam Tutorial ini, anda akan pelajari bagaimana menggunakan operasi Matematik bersama Digital Input dari Push-Button.

Beberapa perkara yang anda akan pelajari adalah:

  • Cara declare Variable
  • Operasi Matematik

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Variable dan Asas matematik, kami sarankan anda membuat bacaan awal dari artikel berikut:

Dalam tutorial ini, komponen-komponen berikut perlu disediakan:

  1. Arduino Uno (atau yang lain) (1 unit)
  2. Jumper cable module yang disediakan (1 unit)
  3. Push Button (2 unit)
  4. Breadboard (1 unit)

Declare Variable

Sebelum meneruskan mengenai variable, kami sarankan anda membuat pembacaan awal melalui artikel berikut, untuk memahami Variable dalam Arduino:

  • Apa itu Variable?

Dalam Tutorial ini, anda akan menggunakan variable int atau integer yang boleh menyimpan maklumat nombor dari -32,768 ke 32,767. Limitasi nilai nombor ini adalah kerana int menyimpan data dalam bentuk 16-bit.

2 variable tersebut akan diberi nama seperti berikut, serta diberikan value-permulaan:
(anda boleh ubahnama variable tersebut kepada apa nama sekali pun, contohnya x, y ,z ataupun nama yang panjang)

int jumlahtambah = 0;
int jumlahdarab = 2;

Operasi Matematik Arduino

Dalam coding/algorythm Arduino IDE, anda boleh lakukan pelbagai jenis operasi Matematik. Kemudian, setiap hasil pengiraan operasi boleh digunakan sebagai data Input mahupun Output untuk fungsi-fungsi dalam project anda.

Operasi Matematik yang ada dalam coding Arduino adalah sama sahaja dengan operasi Matematik biasa. Jika anda sudah biasa dengan Operasi Matematik dalam Microsoft Excel, Tutorial ini sepatutnya mudah bagi anda.

Operasi Matematik dalam Arduino boleh dilihat dan difahami seperti contoh berikut:

  • Operasi Tambah
    x = y + z;
    
    if(x==4){
     //jika hasil tambah nilai x adalah 4, nyalakan LED
     digitalWrite(LED2, HIGH);
    }
    
  • Operasi Tolak
    x = y - z;
    
    if(x==0){
     //jika hasil tolak nilai x adalah 0, nyalakan LED
     digitalWrite(LED2, HIGH);
    }
    
  • Operasi Darab
    x = y * z;
    
    if(x==4){
     //jika hasil darab nilai x adalah 4, nyalakan LED
     digitalWrite(LED2, HIGH);
    }
    
  • Operasi Bahagi
    x = y / z;
    
    if(x==1){
     //jika hasil bahagi nilai x adalah 1, nyalakan LED
     digitalWrite(LED2, HIGH);
    }
    

Pastikan setiap variable dalam contoh di atas di-declare dahulu dalam ruangan Void Setup(), seperti contoh berikut:

int x;
int y = 2;
int z = 2;

void setup(){
 
}

Walaubagaimanapun, dalam tutorial ini, kita akan lihat bagaimana untuk menggabungkan penggunaan Digital Input dari Push-Button untuk membuat Operasi Matematik.

Teruskan dengan tutorial di bawah.

LANGKAH #1: SAMBUNGAN LITAR

Sambungkan litar anda seperti gambarajah berikut:

Digital Input Matematik - Diagram

LANGKAH #2: CODING/SKETCH 

Copy sketch di bawah dan pastekan dalam Arduino IDE anda.

//Tutorial #5 : Digital Input Matematik
//Code disediakan oleh MatGyver.my

int jumlahtambah = 0;
//declare variable untuk simpan data hasil tambah
//letakkan nilai 0 untuk nilai permulaan
int jumlahdarab = 2;
//declare variable untuk simpan data hasil darab
//letakkan nilai 2 untuk nilai permulaan

void setup() {
// masukkan code setup di sini, Void Setup berjalan sekali sahaja

 Serial.begin(9600);
 //mulakan connection Serial pada Baud Rate 9600
 
 pinMode(7, INPUT_PULLUP); //PUSH BUTTON 1 untuk Operasi Tambah
 //declare pin 7 sebagai digital input PULLUP
 pinMode(6, INPUT_PULLUP); //PUSH BUTTON 2 untuk Operasi Darab
 //declare pin 6 sebagai digital input PULLUP

 delay(100);
 //letak sedikit delay untuk Serial bermula dengan stabil

 Serial.println("+-X/+Mari Belajar Mengira+-X/");
 //kata-kata permulaan program dalam Serial

}//penutup Void Setup

void loop() {
// masukkan code utama di sini, untuk program yang berulang

 if(digitalRead(7)==LOW){
 //arahan untuk Push Button 1 pin 7
 //Operasi Tambah
 
   jumlahtambah = jumlahtambah + 100;
   //nilai jumlahtambah yang sebelum/lama akan ditambah 100
   //pada permulaan, nilai jumlahtambah adalah 0
   //maka jumlahtambah baru akan beri nilai
   //0+100, 100+100, 200+100 dan seterusnya
   
   Serial.print("Jumlah Tambah = ");
   Serial.print(jumlahtambah);//memberikan nilai "jumlahtambah" pada serial
   Serial.print(" Jumlah Darab = ");
   Serial.println(jumlahdarab);//memberikan nilai "jumlahdarab" pada serial
 }
 
 if(digitalRead(6)==LOW){
 //arahan untuk Push Button 2 pin 6
 //Operasi Darab
 
   jumlahdarab = jumlahdarab * 2;
   //nilai jumlahdarab yang sebelum/lama akan didarab dengan 2
   //pada permulaan, nilai jumlahdarab adalah 2
   //maka jumlahdarab bari memberi hasil 2x2, 4x2, 8x2 dan seterusnya
   
   Serial.print("Jumlah Tambah = ");
   Serial.print(jumlahtambah);//memberikan nilai "jumlahtambah" pada serial
   Serial.print(" Jumlah Darab = ");
   Serial.println(jumlahdarab);//memberikan nilai "jumlahdarab" pada serial
 }

 delay(200);//berikan sedikit delay supaya Serial dapat print
            //data dengan betul

} //penutup Void Loop

Atau, anda boleh download file sketch .ino untuk tutorial ini di URL berikut:

Setelah sketch diupload, buka Serial Monitor dengan menekan icon atas-kanan seperti berikut:

serial-monitor

Paparan Serial Monitor akan kelihatan seperti di bawah:

Digital Input Matematik-Serial

Apabila Push-Button 1 pada Pin 7 ditekan, Jumlah Tambah akan menunjukkan hasil tambah nilai “jumlahtambah” yang lama (yang bermula dengan “0”) dengan 100 setiap kali.

Begitu juga dengan Push-Button 2 pada Pin 6, apabila ditekan, Jumlah Darab akan menunjukkan hasil darab nilai “jumlahdarab” yang lama (yang bermula dengan “2”) dengan 2 setiap kali.

Teruskan dengan Tutorial #6 melalui URL di bawah:

Senarai Tutorial asas Arduino MatGyver.my :

9 thoughts on “Tutorial #5: Digital Input Butang & Operasi Matematik

  1. Pingback: Tutorial #10: Kawalan SERVO dengan Servo.h Library | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  2. Pingback: Tutorial #9: AUTO Terang/Malap LED & for() Loop | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  3. Pingback: Tutorial #8: Terang/Malap LED & PWM Output | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  4. Pingback: Tutorial #7: Fungsi Mapping dan Analog Input | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  5. Pingback: Tutorial #2: Traffic Light! | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  6. Pingback: Tutorial #1: Digital Output Arduino dengan LED | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  7. Pingback: Tutorial #11: Kawalan DC Motor Dengan Module L298N | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  8. Pingback: Tutorial Beginners Arduino | MatGyver - DIY & Hobby Blog

  9. Pingback: Langkah Pertama dengan Arduino | Arduino | MatGyver - DIY & Hobby Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s