Tutorial #2: Traffic Light!

Sambungan dari Tutorial #1, tutorial kali ini akan menerangkan bagaimana untuk membuat Traffic Light Asas dengan menggunakan 3 LED atau dengan Traffic Light Module dengan mudah.

Asas kepada Traffic Light hanyalah penggunaan “Timer” atau “Delay” untuk memberi tempoh “ON” dan juga tempoh “OFF” bagi setiap LED.

Bagi traffic light yang lebih advance, penambahan lain seperti sensor yang mengesan objek atau kenderaan yang tiba/lalu. Sensor akan trigger sequence atau timer setiap LED. Traffic Light advance tidak di-cover dalam tutorial ini.

Dalam tutorial ini, komponen-komponen berikut perlu disediakan:

  1. Arduino Uno (atau yang lain) (1 unit)
  2. LED (3 unit)
  3. Resistor 220 ohm (3 unit)
  4. Jumper cable
  5. Breadboard (1 unit)

Jika anda sudah membeli Traffic Light Module di webstore kami, atau MGDiy Duino Kit A, anda hanya perlukan komponen berikut:

  1. Arduino Uno (atau yang lain) (1 unit)
  2. Traffic Light Module (1 unit)
  3. Jumper cable module yang disediakan (1 unit)

LANGKAH #1: SAMBUNGAN LITAR

Sambungkan litar anda seperti gambarajah berikut:

Traffic Light T2 - CF
Sambungan untuk penggunaan Traffic Light Module

Atau, seperti berikut untuk yang tiada Traffic Light Module:

Traffic Light T2-NON MODULE DIAGRAM
Sambungan untuk LED dan Resistor atas Breadboard

LANGKAH #2: SAMBUNGKAN ARDUINO PADA USB KOMPUTER

sambung-arduino

LANGKAH #3: CODING/SKETCH UNTUK MENYALAKAN LED

Copy sketch di bawah dan pastekan dalam Arduino IDE anda.
(Ketahui maksud Arduino IDE dalam artikel ini)

//Tutorial #2 : Trafic Light
//Code disediakan oleh MatGyver.my

void setup() {
 // masukkan code setup di sini, Void Setup berjalan sekali sahaja
 pinMode(2, OUTPUT); //RED LED
 //declare pin 2 sebagai digital output
 pinMode(3, OUTPUT); //Yellow LED
 //declare pin 3 sebagai digital output
 pinMode(4, OUTPUT); //Green LED
 //declare pin 4 sebagai digital output

 //Coding di bawah memastikan semua LED dalam keadaan OFF
 //ketika Start-Up
 digitalWrite(2,LOW);
 digitalWrite(3,LOW);
 digitalWrite(4,LOW);
}

void loop() {
 // masukkan code utama di sini, untuk program yang berulang
 
 //peringkat awal, LED Hijau "Jalan" menyala dahulu
 digitalWrite(4,HIGH);//Green LED
 //delay 5000 bermakna LED Hijau menyala 5 saat
 delay(5000);

 //kemudian LED Hijau OFF dan serentak LED Kuning Menyala
 digitalWrite(4,LOW);//Green LED
 digitalWrite(3,HIGH);//Yellow LED
 //delay 2000 bermakna LED Kuning menyala 2 saat
 delay(2000);

 //kemudian LED Kuning OFF dan serentak LED Merah Menyala
 digitalWrite(3,LOW);//Yellow LED
 digitalWrite(2,HIGH);//RED LED
 //delay 5000 bermakna LED Merah "BERHENTI" menyala 5 saat
 delay(5000);

 //selepas habis tempoh "BERHENTI", OFFkan LED Merah 
 //sebelum loop berulang semula dari LED Hijau di atas
 digitalWrite(2,LOW); //RED LED
}

Atau, anda boleh download file sketch .ino untuk tutorial ini di URL berikut:

Setelah sketch diupload, LED Hijau pada pin 4 akan menyala selama 5 saat (5000 millisaat) , kemudian padam serta LED Kuning menyala pula selama 2 saat (2000 millisaat), kemudian padam dan LED Merah pula akan menyala selama 5 saat (5000millisaat) dan loop ini akan berulang-ulang.

Anda boleh ubah nilai-nilai delay mengikut timing yang anda mahukan.

NOTA KAKI : Algorythm ‘delay’ menggunakan tempoh dalam “Millisaat”. Bermakna jika andaperlukan 30 saat, tuliskan 30000 dalam ruangan delay seperti, delay(30000).

Tutorial #2 ini menumpukan pembelajaran pada penggunaan fungsi algorythm “delay”, kerana anda pasti akan menggunakan banyak delay (timer) dalam projek-projek lain yang lebih advance.

Teruskan dengan Tutorial #3 melalui URL di bawah:

Senarai Tutorial asas Arduino MatGyver.my :

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

2 thoughts on “Tutorial #2: Traffic Light!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: