Tutorial #1: Digital Output Arduino dengan LED

Sebelum meneruskan dengan tutorial ini, kami cadangkan anda baca dahulu asas penggunaan Digital Input/Output dalam artikel berikut:

Tutorial ini memfokuskan ASAS OUTPUT daripada Arduino.

Dalam tutorial ini, komponen-komponen berikut perlu disediakan:

  1. Arduino Uno (atau yang lain) (1 unit)
  2. LED (1 unit)
  3. Resistor 220 ohm (1 unit)
  4. Jumper cable (2 unit)
  5. Breadboard (1 unit)

Jika anda sudah membeli Traffic Light Module di webstore kami, atau MGDiy Duino Kit A, anda hanya perlukan komponen berikut:

  1. Arduino Uno (atau yang lain) (1 unit)
  2. Traffic Light Module (1 unit)
  3. Jumper cable module yang disediakan (1 unit)

Link untuk Traffic Light module adalah di bawah:

LANGKAH #1: Sambungan Litar

Sambungkan litar anda seperti gambarajah berikut:

Traffic Light Diagram.jpg
Sambungan untuk penggunaan Traffic Light Module

Atau, seperti berikut untuk yang tiada Traffic Light Module:

Traffic Light Breadboard.jpg
Sambungan untuk LED dan Resistor atas Breadboard

LANGKAH #2: Sambungankan Arduino Pada USB Komputer

sambung-arduino

LANGKAH #3: Coding/Sketch untuk Menyalakan LED

Copy sketch di bawah dan pastekan dalam Arduino IDE anda.
(Ketahui maksud Arduino IDE dalam artikel ini)

//Tutorial #1 : Digital Output - LED 
//Code disediakan oleh MatGyver.my

void setup() {
 // masukkan code setup di sini, Void Setup berjalan sekali sahaja
pinMode(2, OUTPUT); //declare pin 2 sebagai digital output
}

void loop() {
 // masukkan code utama di sini, untuk program yang berulang
digitalWrite(2, HIGH); //set pin 2 sebagai High 5V (On)
}

Atau, anda boleh download file sketch .ino untuk tutorial ini di URL berikut:

Setelah sketch diupload, LED pada pin 2 akan menyala.

VOID SETUP

void setup() {
 // masukkan code setup di sini, Void Setup berjalan sekali sahaja
pinMode(2, OUTPUT); //declare pin 2 sebagai digital output
}

VOID SETUP adalah bahagian penting dalam Coding Arduino. SETIAP Pin yang ingin digunakan perlu di-SETUP dalam VOID SETUP, barulah Pin tersebut dapat berfungsi mengikut OUTPUT atau INPUT yang ditetapkan.

Dalam Tutorial ini, disebabkan pin 2 digunakan sebagai OUTPUT LED, kita DELARE Pin 2 sebagai OUTPUT.

(0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12dan 13) 13 Pin Digital Arduino UNO serta (A0,A1,A2,A3,A4,A5)  6 pin analog Arduino UNO, semuanya boleh digunakan untuk Digital Output  iaitu, pin tersebut mengeluarkan Voltan Output +5V pada pin berkenaan.

digitalWrite (nombor pin, jenis output)

Ini adalah syntax yang memberi ARAHAN pada Arduino samada ON atau OFF.

digitalWrite(2, HIGH); 
digitalWrite(2, true);
digitalWrite(2, 1);

HIGH digunakan untuk ON-kan pin tersebut dimana 5V Voltage akan di-OUTPUTkan pada pin digital tersebut. Anda juga boleh gunakan samada true atau nombor 1 bagi menggantikan HIGH, yang juga memberi maksud yang sama, seperti dalam contoh di atas.

digitalWrite(2, LOW); 
digitalWrite(2, false);
digitalWrite(2, 0);

LOW digunakan untuk OFF-kan pin tersebut dimana 0V Voltage akan di-OUTPUTkan pada pin digital tersebut. Anda juga boleh gunakan samada false atau nombor 0 bagi menggantikan LOW, yang juga memberi maksud yang sama, seperti dalam contoh di atas.

TAMBAHAN BONUS : LED Berkelip

Dengan sambungan yang sama, copy/paste sketch di bawah, kemudian upload dalam Arduino anda.

//Tutorial #1 Bonus : Digital Output - LED Blink
//Code disediakan oleh MatGyver.my

void setup() {
 // masukkan code setup di sini, Void Setup berjalan sekali sahaja
pinMode(2, OUTPUT); //declare pin 2 sebagai digital output
}

void loop() {
 // masukkan code utama di sini, untuk program yang berulang
digitalWrite(2, HIGH); //set pin 2 sebagai High 5V (On)
delay(1000); //beri masa delay 1 saat atau 1000 millisaat sebelum LOW
digitalWrite(2, LOW); //set pin 2 sebagai Low 0V (Off)
delay(1000); //beri masa delay 1 saat atau 1000 millisaat sebelum HIGH
}

Atau, anda boleh download file sketch .ino untuk tutorial ini di URL berikut:

Setelah sketch diupload, LED pada pin 2 akan menyala selama 1 saat (1000 millisaat) dan padam selama 1 saat (1000 millisaat), dan berulang-ulang.

LIMITASI PIN OUTPUT ARDUINO

LIMITASI VOLTAN : Bergantung pada jenis Arduino, Arduino UNO, NANO dan MEGA mengeluarkan output +5V apabila digitalWrite(pin, HIGH) dipanggil. Manakala board-board lain seperti NodeMCU, mengeluarkan output +3.3V apabila digitalWrite(pin, HIGH) dipanggil kerana NodeMCU adalah board yang berasaskan 3.3V.

LIMITASI CURRENT: Semua pin digital dan analog Arduino mempunyai limitasi current sehingga maksimum 40mA sahaja. Jika lebih dari 40mA ditarik dari pin Arduino, board Arduino boleh terbakar.
Contohnya, setiap LED yang disambungkan dengan perintang 220ohm, akan menarik 20mA. Relay yang tiada circuit, boleh menarik sehingga 150mA! Pastikan menggunakan Module Relay yang mempunyai circuit tambahan untuk memastikan 150mA tidak ditarik dari pin digital Arduino.

Disebabkan limitasi voltan 5V dan hanya 40mA current, bagi mengaktifkan alatan seperti lampu AC240V atau Motor 12V/24V, perlu mempunyai module perantaraan seperti Module Relay dan juga Module Motor Controller.

Ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam:

Teruskan dengan Tutorial #2 melalui URL di bawah:

Senarai Tutorial asas Arduino MatGyver.my :

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: