Apa itu Digital Input/Output?

Digitial Input atau Digital Output merupakan sejenis ‘bahasa‘ yang digunakan oleh Microcontroller(MCU) dalam electronics. Mana-mana sistem electronics sekalipun, akan hanya mengenali bahasa Digital iaitu 10101101010.

Ambil contoh komputer atau laptop kita, walaupun kita tulis document panjang-panjang dan memasukkan berbagai-bagai nombor dalam Ms Excel ataupun gambar, namun, sebenarnya, semua maklumat itu, telah diterjemahkan dalam bentuk Binary 1010101001 untuk diproses oleh CPU.

Secara tak langsung, kita simpulkan, kita boleh guna mana-mana electronics untuk digabungkan dengan mana-mana electronics yang lain sebab bahasa mereka sama kan?
Betul dan dalam masa yang sama, tak betul.

Sebelum diterangkan lebih lanjut, kita perlu fahami dulu, apa sebenarnya Binary 1011010101 ni ye ?

BINARY 11001011

Sebenarnya, Binary 1001011010 itu hanyalah penanda aras bacaan voltan di pn-pin MCU. Dalam erti kata lain kita boleh terjemahkan:

  • 1 = Voltan tinggi
  • 0 = Voltan rendah

Memang voltan tersebut dapat dilihat dengan menggunakan Multimeter jika di test. Sebagai contoh, suatu signal 4 bit, 1011, diterjemahkan dalam bentuk voltan adalah,
5V, 0V, 5V, 5V.

Apa yang penting, kita perlu faham bahawa, lain sistem menggunakan kadar voltan yang berlainan. Sebagai contoh:

  • Kebanyakan PLC industri menggunakan kadar voltan 24V. Bermakna, 24V adalah Voltan Tinggi dan 0V adalah Voltan Rendah.
  • Dalam Arduino pula, 5V merupakan Voltan Tinggi dan 0V merupakan Voltan Rendah.
  • Ada sesetengah Arduino dan Microcontroller lain, menggunakan 3.3V sebagai Voltan Tinggi

Apa yang serupa adalah signal Voltan Rendah mereka iaitu semua menggunakan 0V sebagai signal voltan rendah.

PERHATIAN: Chip-chip Microcontroller(MCU) adalah sensitif. Penggunaan signal voltan selain dari yang dalam spesifikasi MCU boleh merosakkan litar.

Terma TTL adalah terma untuk signal voltan sesuatu sistem atau MCU.
TTL bermaksud Transistor-to-Transistor Logic.

KOMUNIKASI ANTARA SISTEM BERLAINAN VOLTAN

Jika suatu sistem ingin berhubung dengan sistem lain yang berlainan voltan TTL, signal TTL tersebut perlu convertkan pada voltan TTL yang sama. Antara contoh signal converter adalah:

  • Penggunaan Relay (paling asas)
  • Opto-Coupler, di mana TTL voltan besar menyalakan LED infrared dan senasor cahaya menghantar signal TTL voltan rendah pada sistem kedua. Dan vise-versa.
  • Terdapat juga module-module dipasaran yang lengkap dengan circuit yang mempunyai bilangan Output/Input tertentu.

Walaubagaimanapun, teknik converter ini hanya sesuai untuk Digital Signal 101011 sahaja. Converter untuk signal Analog adalah berbeza.

MENGGUNAKAN DIGITAL INPUT/OUPUT ARDUINO

Baca artikel berikut untuk mengetahui dengan lanjut bagaimana menggunakan Digital Inpt/Output pada Arduino:

Jika anda dapati artikel-artikel kami membantu project anda, sharekan artikel-artikel kami pada rakan-rakan anda, agar kami lebih bermotivasi untuk menulis lebih banyak artikel lagi.

Juga, anda boleh ke Online-Webstore kami di URL berikut untuk mendapatkan keperluan-keperluan projek Arduino dan DIY anda:

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: