Tutorial #4: Digital Input Advance

Rentetan dari Tutorial #3, Tutorial #4 dan juga Tutorial #5 akan memberi gambaran bagaimana Digital Input yang simple dari Push-Button boleh melaksanakan Pelbagai Fungsi lain selain dari hanya menyalakan LED.

Untuk tutorial ini, kami akan fokuskan penggunaan INPUT_PULLUP sahaja kerana sambungannya lebih mudah dan kita akan LAKSANAKAN LED berkelip APABILA butang ditekan.

Dalam tutorial ini, komponen-komponen berikut perlu disediakan:

  1. Arduino Uno (atau yang lain) (1 unit)
  2. Traffic Light Module atau LED bersama Resistor 220 ohm (1 unit)
  3. Jumper cable module yang disediakan (1 unit)
  4. Push Button (2 unit)
  5. Breadboard (1 unit)

LANGKAH #1: SAMBUNGAN LITAR

Sambungkan litar anda seperti gambarajah berikut:

Digital Input Advance - 1-1

LANGKAH #2: SAMBUNGKAN ARDUINO PADA USB KOMPUTER

sambung-arduino

LANGKAH #3: CODING/SKETCH 

Copy sketch di bawah dan pastekan dalam Arduino IDE anda.

//Tutorial #4-1 : Digital Input Advance 1
//Code disediakan oleh MatGyver.my

void setup() {
// masukkan code setup di sini, Void Setup berjalan sekali sahaja
 
 pinMode(7, INPUT_PULLUP); //PUSH BUTTON 1 untuk ON
 //declare pin 7 sebagai digital input PULLUP
 pinMode(6, INPUT_PULLUP); //PUSH BUTTON 2 untuk OFF
 //declare pin 6 sebagai digital input PULLUP

 pinMode(2, OUTPUT); //LED1
 //declare pin 2 sebagai digital OUTPUT
 pinMode(3, OUTPUT); //LED2
 //declare pin 3 sebagai digital OUTPUT
 pinMode(4, OUTPUT); //LED3
 //declare pin 4 sebagai digital OUTPUT

 digitalWrite(2, LOW);
 digitalWrite(3, LOW);
 digitalWrite(4, LOW);
 //setupkan supaya semua LED adalah OFF pada permulaan
}//penutup Void Setup

void loop() {
// masukkan code utama di sini, untuk program yang berulang
 
 if(digitalRead(7)==LOW){
 //Jika PUSH BUTTON 1 diTEKAN, ia memberi value LOW
 //dan akan laksanakan Syntax COding LED berkelip
 
   //di bawah adalah sketch untuk mengelipkan 3 LED
     digitalWrite(2, HIGH);
     digitalWrite(3, HIGH);
     digitalWrite(4, HIGH);
     delay(500); //masa nyala adalah 0.5 saat
     digitalWrite(2, LOW);
     digitalWrite(3, LOW);
     digitalWrite(4, LOW);
     delay(500); //masa OFF adalah 0.5 saat
 } //penutup IF statement

 if(digitalRead(7)==HIGH){
 //Jika PUSH BUTTON 1 diLEPASkan, ia memberi value HIGH
 //ketika butang dilepas, kita OFF-kan keSEMUA LED
     digitalWrite(2, LOW);
     digitalWrite(3, LOW);
     digitalWrite(4, LOW);
 }
 
} //penutup Void Loop

Atau, anda boleh download file sketch .ino untuk tutorial ini di URL berikut:

Setelah sketch diupload, apabila Push-Button 1 pada Pin 7 ditekan, ia akan memulakan kelipan LED.

LED akan terus berkelip, dan kemudian terhenti jika Push-Button 1 pada Pin 7 di-LEPASkan.

CIRCUIT #2: Operasi Matematik dengan Butang

Dalam coding/algorythm Arduino IDE, anda boleh lakukan pelbagai jenis operasi Matematik. Kemudian, setiap hasil pengiraan operasi boleh digunakan sebagai data Input mahupun Output untuk fungsi-fungsi dalam project anda.

Teruskan dengan Tutorial #5 melalui URL di bawah:

Senarai Tutorial asas Arduino MatGyver.my :

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

2 thoughts on “Tutorial #4: Digital Input Advance

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: