Potentiometer atau Perintang-Boleh-Laras, akan menjadi Analog Input 0~5v apabila disambungkan pada Arduino melalui mana-mana Analog-Input Pin, A1, A2, sehingga A5 untuk Arduino UNO dan Nano, manakala dari Pin A1 sehingga Pin A15 untuk Arduino Mega.
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku apabila Potentiometer disambungkan pada Arduino?
SAMBUNGAN POTENTIOMETER PADA ARDUINO
Sebelum kita huraikan lebih mendalam, lihat dahulu bagaimana cara yang betul untuk menyambungkan Potentiometer pada Arduino dalam rajah di bawah.

Dalam rajah di atas, Pin Potentiometer paling kiri(biru) disambungkan pada GND atau Ground dan Pin paling kanan(merah) disambungkan pada 5V pada Arduino. Manakala, Pin tengah(kuning) Potentiometer disambungkan pada mana-mana Analaog-Pin sebagai Input-Analog.
APAKAH RANGE/SIZE POTENTIOMETER YANG SESUAI?
Menjawab soalan ini, kita lihat rajah di bawah untuk penjelasan.

Apabila Potentiometer disambungkan dengan cara yang betul seperti di atas, Pin tengah Potentiometer akan beraksi seperti satu Voltage-Divider. Pin tengah akan membahagikan voltage input 5V tadi mengikut kedudukan pusingan Potentiometer.
Lihat ilustrasi di bawah,

Jika ia berada di tengah-tengah, maka R1 dan R2 akan mempunyai nilai Rintangan yang sama di mana R1 = R2.
Dengan erti kata lain, bacaan Voltage pada Pin tengah akan berada di antara 5V dan 0V atau lebih tepat, 2.5V tidak kira berapa pun nilai rintang Potentiometer anda.
Oleh itu, tidak kira jika Potentiometer adalah 1k Ohm, atau 5k Ohm, atau 10k Ohm, atau 1M Ohm, nilai voltage yang masuk pada Analog Input pasti akan memberikan bacaan yang sama!
RANGE/SIZE POTENTIOMETER YANG DIGALAKKAN ?

Namun begitu, size Potentiometer yang digalakkan adalah antara 1k, 5k, 10k dan 20k.
KENAPA?
Ini adalah kerana berdasarkan formula;
V = I/R
I = V x R
ini bermaksud, jika nilai rintangan adalah tinggi, Potentiometer akan menggunakan Current yang lebih berbanding menggunakan Potentiometer dengan nilai rendah.
Ia tidak akan merosakkan Board Arduino, namun ia akan menyebabkan battery cepat habis power untuk project-project yang menggunakan battery. Bagi Project yang menggunakan Power Supply A/C, insyaAllah tiada kesan yang berat.
CARA MEMANGGIL ANALOG PIN/INPUT DALAM CODING ARDUINO
analogRead(0); //untuk sambungan pada pin A0 analogRead(1); //untuk sambungan pada pin A1 analogRead(2); //untuk sambungan pada pin A2
analogRead([nombor pin]) seperti di atas adalah cara memanggil signal Input pada analog pin dalam Arduino IDE.
Apabila kita “displaykan” nilai analog input tersebut dalam Serial-Monitor, ia akan menunjukkan nilai antara 0~1023, yang di convertkan dari 0~5V input tadi dan nilai yang dapat anda manipulasi dalam Arduino-Sketch anda adalah nilai 0~1023 tadi.
BAGAIMANA ARDUINO MEMBACA INPUT ANALOG ?
Untuk penjelasan ini, ikuti artikel di bawah untuk penjelasan lanjut:
- TUTORIAL #6: Analog Input dengan Potentiometer
- TUTORIAL #7: Fungsi Mapping dan Analog Input bersama Potentiometer
- TUTORIAL #8: Terang/Malap LED dengan PWM Output dan Potentiometer
Jika anda dapati artikel-artikel kami membantu project anda, sharekan artikel-artikel kami pada rakan-rakan anda, agar kami lebih bermotivasi untuk menulis lebih banyak artikel lagi.
Juga, anda boleh ke Online-Webstore kami di URL berikut untuk mendapatkan keperluan-keperluan projek Arduino dan DIY anda: