Apa itu H-Bridge ?

topic-picture
Sumber di olah oleh MatGyver.my

Bridge adalah jambatan, manakala circuit H-Bridge berupa seperti jambatan dalam ilustrasi di atas. Namun, circuit di atas adalah berasaskan semi-conductor atau transistor.

Secara asasnya, H-Bridge hanyalah seperti switch 2-hala yang membolehkan polarity +ve/-ve sesuatu equipment seperti Motor-Electric diboleh-balikkan untuk mendapat putaran 2-arah, ke hadapan (forward) dan ke belakang (reverse).

Gambar di atas adalah rupa asas H-Bridge circuit yang masih relevant digunakan untuk applikasi yang tidak mementingkan kawalan kelajuan motor contoh seperti Drill-Electric.
Applikasi asas ini, menggunakan 4 single-switch yang dikawal secara berasingan, atau anda boleh menggunakan satu DPDT (Double-Pole-Double-Throw) switch yang mempunyai 6 kaki, bagi menggunakan circuit asas seperti di atas.

Perhatikan aliran electric yang di garis merah untuk lihat flow electric pada pertukaran switch.

Untuk lebih advance, anda boleh juga menggunakan DPDT Relay untuk menjadi H-Bridge bagi mengawal Forward/Reverse Motor anda. Relay DPDT harus mempunyai 8 kaki, iaitu 2 untuk coil activation, 3 untuk set D1 (lihat di atas) dan 3 untuk set D2 (lihat di atas).

Dengan circuit relay DPDT seperti di atas, apabila coil tidak di aktifkan, maka motor akan berpusing Forward. Pabila relay coil diaktifkan, H-Bridge dalam relay akanmenukar arah pusingan motor ke Reverse.

Dalam digital circuit, H-Bridge di gantikan dengan power transistor atau MOSFET untuk mengawal arus. Dengan adanya transistor, bukan hanya arah putaran dapat dikawal, malah kelajuan juga dapat di laraskan dengan mengawal input INA dan INB dengan potentiometer.

Dalam circuit digital yang lebih advance, MOSFET dapat digunakan denganlebih tepat dengan menggunakan signal digital PWM yang dikawal oleh Microprocesspor.

Antara contoh Motor Driver yang boleh di kawal dengan digital PWM signal adalah seperti di sini.

Module ini mampu mengawal DC Motor yang kecil-kecil sehingga 2A.

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: