3 Perkara Asas Beginners Perlu tahu | Arduino

Nota : Artikel-artikel di MatGyver.my telah disesuaikan dan dipermudahkan pemahaman untuk golongan-golongan beginners sehingga intermediate yang hanya memerlukan pemahaman ditahap permukaan sahaja. Namun, comment-comment dari pihak-pihak yang sudah advance adalah amat kami alu-alukan bagi proses penambah-baikan artikel-artikel kami. 

Jika anda sudah tahu, ajarkan pada yang belum tahu. Pada yang belum tahu, dipersilakan untuk teruskan membaca.

3 PERKARA PERTAMA BEGINNERS PERLU TAHU SEBELUM MULA BELAJAR CODING ARDUINO

#1  ‘SKETCH’
Program atau coding yang ditulis dengan Arduino IDE dipanggil SKETCH. Perkataan sketch digunakan oleh semua pengguna Arduino seluruh dunia. Sketch yang ditulis dalam Arduino IDE, di-save-kan dalam file .ino iaitu file rasmi Arduino IDE.

#2  ‘//’ NOTA
‘//’ dua palang ini jika anda jumpa dalam mana-mana sketch Arduino atau sketch yang di download, ia bermakna Nota-Kaki atau Nota yang ditinggalkan oleh penulis sketch tersebut sebagai reference.

Ia perlu diletakkan di setiap baris yang mempunyai nota anda dan di permulaan kiri.

Lihat contoh berikut bagaimana palang ‘//’ digunakan dalam sketch :
(tumpukan pada bagaimana ‘//’ digunakan sahaja jika tidak faham coding-coding lain)

//CONTOH: KELIPKAN LED PADA PIN 2 ARDUINO//
//coding berikut adalah untuk mengelipkan LED yang disambungkan pada pin 2
//arduino anda

//Anda boleh gunakan coding ini untuk mana-mana projek anda
//cuma pastikan anda 'TAG' kami iaitu MatGyver.my apabila
//anda 'SHARE' projek anda

void setup() {
 // Setup Code di sini hanya akan berjalan sekali sahaja
 pinMode(2, OUTPUT); // Declare pin 2 sebagai digital output
                     // LED disambungkan pada pin 2
}

void loop() {
 // Di sini biasanya adalah code utama projek
 // Code dalam void loop() akan di-loop secara infiniti

 digitalWrite(2, HIGH); //digital output HIGH = 5V pada LED (ON)
 delay(1000); //loop tunggu 1000 millisaat = 1s
              //bermaksud LED ON selama 1s
 digitalWrite(2, LOW); //digital output LOW = 0V pada LED (OFF)
 delay(700); //loop tunggu 700 millisaat = 1s

 delay(300); //perlahankan loop kepada 300 millisaat
             //bermaksud LED OFF selama 300+700 millisaat = 1s
             //dan bermula semula pada digitalWrite(2, HIGH);      
}

Sketch di atas adalah sketch untuk kelipkan LED yang disambungkan pada pin 2 Arduino. Anda boleh copy dan paste terus dalam Arduino IDE untuk diupload pada Arduino Board anda.

Sebab ‘//’ palang ini digunakan, selalunya adalah kerana:

  1. Untuk memberikan nota pada pengguna lain
  2. Untuk off-kan mana-mana coding yang tidak perlukan, namun mungkin akan pakai untuk masa lain.

#3  ‘{ }’ SEMI-COLON
‘{‘ merupakan simbol pembukaan sesuatu fungsi,manakala

‘}’ merupakan simbol penutup sesuatu fungsi.

Fungsi asas yang ada dalam IDE adalah, Void Loop() dan Void Setup().

Apabila anda advance lebih jauh, anda akan kenali pula fungsi loop lain seperti While(), If(), dan For(). Dan seterusnya, anda juga boleh membuat fungsi sendiri, sebagai contoh FungsiSaya().

Semi-colon adalah penanda yang harus diletakkan untuk memberitahu IDE, di manakah ‘Pembuka’ dan di manakah ‘Penutup’ fungsi-fungsi tersebut.

Diperingkat seterusnya, anda akan mula gunakan fungsi-dalam-fungsi, atau semicolon-dalam-semicolon yang berlapis-lapis, seperti contoh berikut:

void loop()
{
  while (1)
  {
      for (uint8_t f=0; f< NUMFLAKES; f++)
      {
        display.drawBitmap(icons[f][XPOS], icons[f][YPOS], bitmap, w, h, WHITE);
      }
    display.display();
    delay(200);
  }
}

atau semicolon ‘pembuka’ ‘{‘ boleh diletakkan dihujung baris fungsi-fungsi tersebut seperti di bawah:

void loop() {
  while (1) {
      for (uint8_t f=0; f< NUMFLAKES; f++) {
        display.drawBitmap(icons[f][XPOS], icons[f][YPOS], bitmap, w, h, WHITE);
      }
    display.display();
    delay(200);
  }
}

Mengetahui 3 perkara ini adalah penting untuk memahami coding asas dalam Arduino IDE.

Selamat menjelajahi Dunia Arduino!

dari kami,
MatGyver.my
Membina Komuniti DIY

Beberapa Artikel bacaan yang kami syorkan diperingkat awal.

Beberapa Tutorial  yang kami syorkan untuk anda cuba sebagai beginners.

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: