Menggunakan NodeMCU untuk Pertama Kali

NodeMCU adalah development board yang menggunakan cip WiFi ESP8266 yang popular dan boleh diprogramkan sama macam Arduino board lain. NodeMCU lebih stabil dari Module ESP8226 yang lama kerana mempunyai “Metal Shield” di atas Chip ESP8266. Apa yang menarik tentang cip ini, kita boleh memprogramkan ESP8266 sama seperti microcontroller Arduino yang lain.

NodeMCU

Anda boleh dapatkan Board NodeMCU di WebStore MatGyver, URL berikut:

Board NodeMCU

Kelebihan utama board NodeMCU berbanding Arduino ialah, ia boleh disambungkan ke internet dengan mudah hanya melalui WiFi dan WiFi connection-nya lebih stabil dan konsisten berbanding Module biasa ESP8266.

Module ESP8266 Lama. Sudah Outdated. Elakkan menggunakan Module ini untuk Projek WiFi dan IOT.

Rujuk berikut untuk memahami litar PinOut NodeMCU:

  • 10 pin untuk Digital Input/Output : D0 ~ D10
    Contoh Syntax :
    pinMode(D3, OUTPUT);
    digitalRead(D8, HIGH);
  • 1 pin Analog Input : A0
    Contoh Syntax :
    pinMode(A0, INPUT;
    analogRead(A0);
  • 1 I2C Port : D1 = SCL dan D2 = SDA
  • 1 SPI Port
  • 3 port 3.3V Supply
  • 4 pin Ground
  • 1 pin Vin
PinOut versi MatGyver. Rujuk “Edisi MatGyver”

Berikut ialah langkah-langkah permulaan untuk programkan NodeMCU menggunakan Arduino IDE.

LANGKAH #1 : Update Arduino IDE Board List

Arduino IDE yang default tidak mempunyai Board Manager NodeMCU. Oleh itu, Board NodeMCU perlu di tambah dalam Arduino IDE.

Dalam Arduino IDE software, Navigasi ke:
File > Preferences

Masukkan URL berikut ke dalam ruangan
“Additional Boards Manager URL”

http://arduino.esp8266.com/stable/package_esp8266com_index.json
(tanpa tanda ” “)

Dan tekan “OK”

Setelah URL dimasukkan, Navigasi ke :
Tools > Board > Boards Manager..

Anda akan mendapat paparan Boards Manager bersama senarai board-board Arduino yang lain.

Dalam ruangan “Search” di Boards Manager,
Search-kan ESP

Installkan Board nama berikut:
esp8266 by ESP8266 Community version (terbaru)

Kemudian tekan install.

Boards Manager akan mengambil masa beberapa minit untuk Download dan Install-kan board NodeMCU dalam Arduino IDE.

Setelah selesai Install, bahagian “Boards” di Arduino IDE akan mempunyai senarai list board Baru, bersama pilihan NodeMCU.
Gunakan pilihan NodeMCU 1.0 (ESP-12E Module)

LANGKAH #2 : Install Driver CP2102

Terdapat 2 jenis Board NodeMCU:

  • NodeMCU v2 LoLin
  • NodeMCU v3 Lua

Dari segi cara susunan pin, programming dan pemilihan board di Arduino IDE, mereka tiada beza, sama sahaja.

Beza mereka cuma pada size dan juga paling penting Chip USB-TTL yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer melalui USB.

  • NodeMCU v2 LoLin : Chip CP2102
  • NodeMCU v3 Lua : Chip CH340 yang serupa dengan UNO/NANO

Korang boleh download dan install driver mereka di bawah ikut board mana satu yang korang ada:

Driver CH340

Driver CP2102

LANGKAH #3 : Sambungkan NodeMCU ke komputer anda

Anda perlukan wayar USB micro-B untuk menyambungkan NodeMCU kepada komputer. Setelah disambung, LED berwarna biru akan mula berkelip. Pastikan komputer anda dapat detect Port COM bagi NodeMCU.

MULAKAN PROJEK IOT PERTAMA ANDA DENGAN APP BLYNK

Tutorial berikut adalah satu kaedah mudah untuk menguji NodeMCU anda buat pertama kali!

Nyalakan satu LED dengan Fungsi Button pada Blynk App

Selamat Memprogram NodeMCU buat Pertama Kali dan Selamat Datang ke Dunio IOT!

2 thoughts on “Menggunakan NodeMCU untuk Pertama Kali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: