Blynk App + Wifi ESP8266 + LED

Tutorial/Projek ini akan menunjukkan bagaimana menyalakan Physical-LED yang disambungkan pada mana-mana pin Digital Arduino UNO dengan menggunakan butang/button dalam App Blynk.

LED adalah contoh termudah untuk melihat komunikasi pada App Blynk berfungsi baik. Kemudian, anda boleh gantikan LED dengan Relay Module untuk menyalakan Lampu/Kipas/Pagar rumah anda sebagai projek IoT anda yang Pertama!

PERHATIAN: Penggunaan Blynk App bersama Module ESP8266 adalah sangat mudah, tetapi ESP8266 perlu disambungkan pada sumber yang mempunyai Internet seperti:

  1. WiFi Router Rumah/Pejabat
  2. HotSpot dari Handphone

PERSEDIAAN MENGGUNAKAN BLYNK APP

  1. Download App Blynk pada Smart-Fon
  2. Install Library Blynk.h
  3. Create Project pada Blynk App pada Smart-Fon (ditunjukkan di bawah)

PERSEDIAAN MENGGUNAKAN ESP8266 BERSAMA BLYNK APP

Library Blynk.h akan menggunakan Software Serial jika anda menggunakan Arduino UNO atau NANO.
(jika menggunakan Arduino MEGA, anda boleh menggunakan antara 3 Hardware Serial lebihan pada MEGA)

Komunikasi Software Serial bersama Module ESP8266 perlu menggunakan Baud Rate yang rendah seperti 9600. Kelajuan Baud Rate 115200 adalah terlalu laju untuk Software Serial dan akan menyebabkan Data-Loss pada transmisi dan connection loss.

Module ESP8266 mempunyai kelajuan Baud Rate default 115200.
Ikuti Tutorial link di bawah untuk menukar Baud Rate ESP8266:

Mari mulakan projek ini!

KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIPERLUKAN

  1. Arduino UNO
  2. Module ESP8266 + 3unit Perintang Voltage Divider 1k Ohm
  3. LED dan Perintang 220 ohm (atau Module Traffic Light)
  4. Smart Fon bersama App Blynk

SAMBUNGAN DIAGRAM

BLYNK + ESP8266 diagram wm

RUMUSAN DIAGRAM:

Pin 2 Arduino – Rx Software Serial
Pin 3 Arduino – Tx Software Serial
Pin 7 Arduino – LED

SETTING PADA APP BLYNK

Buka App Blynk dalam Smart-Fon dan ikuti langkah-langkah berikut:

step 1

STEP 1: Create projek baru dengan menekan icon “+ New Project”

STEP 2: Pilih setting komponen Arduino anda.
Anda boleh berikan nama pada projek anda pada ruang “Project Name”.
Pilih “Arduino UNO” pada CHOOSE DEVICE.
Pilih “WiFi” pada CONNECTION TYPE.
Tekan butang CREATE.

STEP 3: Selepas berjaya Create Project, Blynk akan menghantar email dengan code Auth Token. Token ini perlu dicatit dan dimasukkan dalam coding nanti.

step 2

STEP 4: Anda boleh cek email untuk menyemak dan salin code Auth Token.

STEP 5: Cari icon “+” di atas-kanan. Icon ini akan menambahkan komponen-widget dalam project.

STEP 6: Tekan Widget “BUTTON” untuk menambahkan butang dalam App.
Anda boleh menambah widget lain-lain, tapi dalam tutorial ini, kita akan focus pelajari menggunakan Widget Button dahulu.

PERHATIAN: Bilangan Widget yang boleh digunakan dalam App Blynk adalah bergantung pada jumlah “ENERGY” anda. Blynk memberi 2000 Energy Percuma pada awalnya. Energy ini boleh di-claim semula apabila mana-mana project di-delete. Anda juga boleh membeli Energy untuk projek-projek yang lebih kompleks yang menggunakan banyak widgets.

step 3

STEP 7: Click pada “Button” yang telah dimasukkan untuk mengubah setting “Button”.

STEP 8: Tekan “PIN” untuk pilih jenis OUTPUT yang akan dikawal oleh “Button” ini.

STEP 9: Untuk Tutorial ini, pilih OUTPUT “Digital Pin D7”. Kemudian tekan “Back”.

STEP 4

STEP 10: Sesudah seting, tekn butang “RUN” yang berbentuk segitiga di atas-kanan.

STEP 11: Butang “RUN” akan bertukar kepada butang “STOP” yang berbentuk segiempat.
Dalam masa yang sama, bintik-bintik di background akan hilang.
Ini menandakan App sudah bersedia untuk memberi arahan kepada Arduino.

Kemudian masukkan coding/sketch untuk projek ini, seperti di bawah.

SKETCH/CODING PADA ARDUINO

Download file .ino untuk coding di bawah, atau copy/paste ke IDE anda:

Sebelum meng-Upload Sketch ini ke dalam Arduino anda, anda perlu menukar 3 perkara berikut:

// Masukkan Auth Token yang anda terima dalam email di sini
char auth[] = "AuthTokenDariEmail";

// Maklumat WiFi
char ssid[] = "NamaWifiNetworkAnda";
char pass[] = "PasswordWifi";
  1. Code Auth Token dalam sketch. Masukkan Code Auth Token yang telah anda terima dalam email, dan letakkan di antara pembuka dan penutup kata ” “ .
  2. SSID WiFi. Masukkan Nama SSDI WiFi rumah atau HotSpot Smat-Fon untuk sambungan internet pada Arduino UNO.
    (Contoh: Jika nama SSID anda adalah “Rumah Saya”, pastikan huruf-besar/huruf-kecil serta ruang-sengkang adalah sama mengikut setting Router)
  3. Password WiFi. Masukkan Password untuk WiFi tersebut.

Kemudian Upload sketch tersebut ke dalam Arduino anda.

//PERHATIAN: 
//Sketch ini telah diolah dari sumber 
//https://examples.blynk.cc/?board=Arduino%20Uno&shield=ESP8266%20WiFi%20Shield&example=GettingStarted%2FBlynkBlink
//dan telah dimudahkan kepada Bahasa Melayu
//untuk tujuan pembelajaran komuniti Arduino Malaysia
//gubahan Sketch ini telah disediakan oleh MatGyver.my

#define BLYNK_PRINT Serial

#include <ESP8266_Lib.h>
#include <BlynkSimpleShieldEsp8266.h>

// Masukkan Auth Token yang anda terima dalam email di sini
char auth[] = "AuthTokenDariEmail";

// Maklumat WiFi
char ssid[] = "NamaWifiNetworkAnda";
char pass[] = "PasswordWifi";

// Software Serial pada Uno, Nano...
#include <SoftwareSerial.h>
SoftwareSerial EspSerial(2, 3); // RX, TX

// Setting Baud Rate ESP8266:
#define ESP8266_BAUD 9600

ESP8266 wifi(&EspSerial);

void setup()
{
 pinMode(7, OUTPUT);//declare pin yang mahu digunakan sebagai OUTPUT
 
 Serial.begin(9600);

 EspSerial.begin(ESP8266_BAUD);
 delay(10);

 Blynk.begin(auth, wifi, ssid, pass);
}

void loop()
{
 Blynk.run();//ini adalah code asas blynk untuk mengawal Output
             // pada pin Digital
 //anda boleh masukkan sebarang coding tambahan dalam void loop ini
 //sama seperti coding yang biasa
}

Coding di atas telah di olah dari sumber http://www.blynk.cc di URL di bawah:

HASIL OUTPUT

Setelah Sketch di upload ke Arduino, buka Serial Monitor untuk melihat status WiFi connection Projek ini.

Serial Monitor

Pada permulaan, Logo Blynk akan terpapar, kemudian beberapa paparan info Module WiFi ESP8266.
Yang penting, anda perlu dapatkan notifikasi “Connected to WiFi” untuk membolehkan projek ini berfungsi baik.

Notifikasi “Ready (ping: 50ms)” adalah penanda yang menunjukkan projek sudah boleh digunakan dan sudah boleh berkomunikasi dengan App Blynk.

TEKAN BUTANG dalam App Blynk anda dan lampu LED akan menyala!

Juga, anda boleh menukar mode Button dalam App kepada “Mode-SWITCH” seperti dalam gambar di bawah. Dalam Mode-Switch, butang akan bertindak seperti Switch-Dinding.

Sekali tekan terus ON dan kekal ON, kemudian tekan sekali lagi untuk terus OFF kan.

STEP 5

PENERANGAN

Dengan coding ringkas dari App Blynk di atas yang hanya memanggil syntax Blynk.run() sahaja dalam Void Loop, ia sebenarnya telah menyambungkan semua pin digital 2,3,4..13 (kecuai yang digunakan untuk Software Serial) pada Arduino kepada Blynk App.

Coding ini menunjukkan, Blynk App boleh mengawal hampir semua Digital Pin Arduino sebagai OUTPUT tanpa memerlukan sebarang coding tambahan. Kecuali perlu “DECLARE” pinMode(x, OUTPUT) sahaja untuk pin yang akan digunakan.

Pilihan Butang Digital dalam Blynk App boleh ditukar kepada mana-mana pin digital yang tidak digunakan, dan boleh terus disambungkan pada relay atau LED tanpa perlu mengubah coding/sketch.

JIKA ANDA MENGHADAPI KESUKARAN untuk melaksanakan projek ini, anda boleh meninggalkan sebarang persoalan pada kami melalui comment di blog ini, ataupun anda boleh meninggalkan pm pada Facebook Page kami di URL berikut:

One thought on “Blynk App + Wifi ESP8266 + LED

  1. Pingback: IoT (Blynk) : Home Security Simple dengan Blynk + Arduino | MatGyver.my | MatGyver - DIY & Hobby Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s