Meriam Buluh Mk III | 7 Tips & 3 Langkah Membuat

Dalam post kali ini, kami akan kongsikan kepada anda FORMULA membuat meriam buluh yang confirm meletup KAW punya.

Kami di MatGyver akan menerangkan 3 LANGKAH DAN 7 TIPS dalam membuat meriam buluh. Kepada anda yang dah cuba buat meriam buluh sendiri tapi tak menjadi, anda kena IKUT langkah dan tips yang kami nak kongsikan ni. Confirm jadi!

Selepas 3 TAHUN bereksperimen dengan meriam buluh, akhirnya kami dah jumpa FORMULA BANCUHAN yang betul. Kami namakan meriam kami ini ‘Mark 3’ sinonim dengan 3 tahun kami berhempas pulas mencari formula yang tepat untuk meriam buluh.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT MERIAM BULUH

Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek meriam buluh ini adalah:-

  1. Meriam
  2. Karbaid
  3. Air
  4. Dawai
  5. Bekas Pembakaran
  6. Penyumbat

3 LANGKAH DAN 7 TIPS MERIAM KAW!


LANGKAH PERTAMA – REKABENTUK MEKANIKAL

TIPS #1 – Memastikan Rekabentuk dan Pemilihan Material yang Betul

Rekabentuk dan Material yang betul SANGAT PENTING dalam memastikan KESELAMATAN anda ketika bermain meriam.
Kenapa?
Sebab anda orang yang paling dekat dengan meriam bila tengah cucuh. Kalau ada orang sekeliling yang bermain meriam dengan anda, KESELAMATAN mereka juga perlu diambil kira.

Kebanyakkan kecederaan berlaku adalah disebabkan oleh meriam yang pecah dan serpihan meriam ini bergerak laju macam peluru. Anda tidak akan sempat mengelak walaupun anda berada jauh dari meriam.
Sebab itu pemilihan material/bahan meriam itu sendiri sangat penting!

Bahan/Material yang kami TIDAK SARANKAN untuk dijadikan meriam adalah paip PVC dan buluh. Ye, buluh. Walaupun anda tak guna buluh tapi ia tetap dipanggil meriam buluh sebab meriam buluh adalah tradisi orang Melayu yang tak boleh dilupakan. Namun, tradisi perlulah juga diiringi dengan keselamatan agar tradisi kita tidak dianggap merbahaya.

Paip PVC tidak tahan letupan.

MERIAM BULUH Mk III VERSI MATGYVER

Meriam yang kami gunakan untuk projek ini adalah paip BESI yang mempunyai ketebalan 3mm. Tapi jika anda ada paip besi yang berukuran 1mm atau 0.5mm kami TIDAK SARANKAN kerana walaupun materialnya besi tapi ia amat nipis dan tidak tahan letupan. Sebaiknya, gunakan yang tebal 3mm atau lebih.

Struktur dan Ukuran dimensio Pipe Meriam Buluh KAW Mk III:

  • Panjang Pipe : 1 meter
  • Diameter : 3 inci
  • Ketebalan Pipe : 3mm
  • Jarak Lubang Pembakara dari Bawah Pipe : 20cm
  • Size Lubang Pembakaran : 1cm

NOTA TAMBAHAN : Pastikan bahagian bawah Pipe di tutup dengan “Welding-Penuh” supaya tidak tercabut dan supaya “FORCE” letupan tidak menggerakkan meriam ke-depan.

Dapatkan tuakng-tukang welding dari workshop-workshop terdekat korang atau kalau ada kawan-kawan yang mahir welding lagi bagus.

TIPS #2 – Menyediakan Bekas Pembakaran untuk Mencampurkan Air dan Karbaid

BEKAS PEMBAKARAN perlu BERSAIZ KECIL dan akan berada di bahagian bawah dalam meriam, jadi, anda perlu tambahkan dawai pada BEKAS ini untuk mudah keluarkan semula dan RELOAD karbaid.

LANGKAH KEDUA – FORMULA BANCUHAN*

Langkah Kedua adalah antara langkah penting yang memastikan Meriam Letup KAW iaitu formula bancuhan karbaid.

Apa itu Karbaid? Nama saitifik bagi Karbaid adalah Kalsium Karbaid CaC2.

Kalsium Karbaid apabila dicampur dengan air H2O akan menghasilkan 2 jenis gas yang mudah terbakar iaitu Gas Acetylene & Gas Hydrogen. Seperti mana-mana bahan pembakaran seperti petrol dan diesel, Gas Oxygen juga diperlukan supaya pembakaran menjadi lengkap. Tanpa oksigen tidak akan ada pembakaran sempurna.

Gas Oksigen dalam meriam buluh terhad kepada saiz meriam.
Lagi kecil meriam anda, lagi sedikit ruang Oksigen dalam meriam.

Dengan info ini, ini bermakna karbaid yang banyak tidak semestinya membuat letupan yang kuat. Ini kerana apabila karbaid terlalu banyak tetapi gas Oksigen terhad, pembakaran tidak akan lengkap.

Asap hitam bermakna pembakaran tidak lengkap/fail. Bancuhan cubaan dalam gambar ini ialah 2 keping Karbaid bersaiz 50 sen, sebab teruja sangat.

PENTING: Kita boleh kenal pasti pembakaran tidak lengkap dengan melihat asap yang keluar dari meriam ASAP BERWARNA HITAM.

TIPS #3 – Menentukan Saiz Karbaid Berdasarkan Saiz Meriam

Untuk saiz meriam kami yang berukuran 1m panjang dan 3 inci diameter, saiz karbaid yang optimum adalah yang bersaiz 10 sen sahaja.

Karbaid yang sesuai untuk meriam panjang 1 meter adalah besar 10 sen je.

Berapa banyak pulak air yang perlu diletakkan? Jawapannya, letak banyak air pun tak apa kerana air atau H2O hanyalah agen pemangkin kepada penghasilan gas Hydrogen dan Acetylene tadi.

AIR BUKANLAH BAHAN YANG MENGHASILKAN GAS. Tapi, jangan pulak kurang air ye.

Kemudian, bila dah campurkan air, tunggu sehingga minimum 20-30 saat atau lebih sehingga semua karbaid tadi telah beraksi dengan sempurnaa. Tunggu lama tak apa, kalau sekejap, takut gas dari karbaid tidak keluar habis.

LANGKAH KETIGA – KAEDAH IGNITION DAN KAEDAH BERMAIN YANG BETUL.

TIPS #4 – Meletakkan Meriam Pada Sudut Mencapah Keatas

Cara yang betul meletakkan meriam adalah pada sudut mencapah ke atas (lebih 45 darjah) tapi jangan pada sudut 90 darjah.

Letupan meriam adalah sangat kuat dan akan mempunyai force kebelakang. Amat merbahaya jika dipegang macam bazooka.

TIPS #5 – Menyumbat Muncung Meriam dengan Surat Khabar atau Kain

Langkah menyumbat muncung meriam dengan surat khabar ini adalah untuk mengelakkan gas didalam keluar dari meriam. Memandangkan gas didalam adalah terhad, jadi langkah ini juga amat penting dalam memastikan meriam anda meletup kaw!

Jangan sumbat terlalu ketat takut meriam pecah.

MatGyver rekemen sumbat guna surat khabar. Kalau guna kain, bunyi kurang kuat.

TIPS #6 – GUNAKAN KAYU PANJANG UNTUK CUCUH API PADA MERIAM

Kayu yang panjang dapat menjauhkan tukang bakar dari meriam yang meletup, Celupkan sedikit petrol atau minyak tanah pada hujung kayu supaya menyala lebih lama dan selamat.

Jangan cucuh lubang meriam dengan menggunakan lighter ye!

TIPS #7 – PAMKAN MERIAM SELEPAS SETIAP PEMBAKARAN

Gunakan kayu panjang dan lilitkan kain dihujungnya untuk membuat seperti plunger atau pam.

Aktiviti mengepam ini penting untuk mengeluarkan semua gas Carbon Monoksida dan Carbon Dioksida hasil dari pembakaran tadi.

Dalam masa yang sama, aktiviti ini akan REFILL meriam korang dengan gas Oksigen yang baru.

Itu sahaja yang kami dapat kongsikan kepada anda semua. Langkah dan Tips ini adalah hasil titik peluh MatGyver selama 3 tahun. Jika anda ada meriam buluh anda sendiri, sila kongsikan di ruang komen dibawah.

SELAMAT BERMAIN MERIAM BULUH SAMPAI LEBAM!

%d bloggers like this: