Dalam Guide ini, kami akan tunjukkan, bagaimana menggunakan sensor Contactless Infrared (IR) Temperature MLX90614.
SENSOR MLX90614

Gambar di atas adalah 3 jenis Module Sensor MLX90614 yang ada di pasaran. Pastikan beli module sebegini, kerana ia sudah ada Circuit penting di atas Board PCB. Perbezaan antara ketiga-tiga model ini hanyalah JARAK pengesananan suhu.
- MLX90614-BAA : Jarak 2cm ~ 5cm
- MLX90614-BCC : Jarak ~10cm
- MLX90614-DCI : Jarak sehingga 60cm

MLX90614 perlukan beberapa komponen tambahan untuk berfungsi dengan baik. Pastikan anda membeli Module Sensor yangn mempunyai PCB Board.
Anda boleh dapatkan sensor ini di Online berikut:
QQ Online Trading (Jalan Pasar)
WIRING-DIAGRAM
VOLTAGE INPUT
Mengikut spesifikasi MLX90614, ia boleh menerima samada 3V sehingga 5V untuk di power-kan.

SIGNAL OUTPUT
Signal Komunikasi Output sensor ini, menggunakan I2C. Jadi anda hanya perlu sambungkan sensor ini pada Port SDA dan SCL I2C pada mana-mana Board Arduino atau NodeMCU/ESP32.

LIBRARY ADAFRUIT MLX90614
Library untuk MLX90614, boleh terus didapatkan didalam LIBRARY MANAGER Arduino IDE.
Hanya navigasi ke:
Sketch > Include Library > Mange Libraries


Di dalam ruangan SEARCH Library Manager, hanya search MLX90614.
Kemudian Install sahaja.
CODING #1 – BASIC CODING DALAM EXAMPLE
Di bawah ini, adalah coding yang diberikan dalam example:
/*************************************************** This is a library example for the MLX90614 Temp Sensor Designed specifically to work with the MLX90614 sensors in the adafruit shop ----> https://www.adafruit.com/products/1747 3V version ----> https://www.adafruit.com/products/1748 5V version These sensors use I2C to communicate, 2 pins are required to interface Adafruit invests time and resources providing this open source code, please support Adafruit and open-source hardware by purchasing products from Adafruit! Written by Limor Fried/Ladyada for Adafruit Industries. BSD license, all text above must be included in any redistribution ****************************************************/ #include <Adafruit_MLX90614.h> Adafruit_MLX90614 mlx = Adafruit_MLX90614(); void setup() { Serial.begin(9600); Serial.println("Adafruit MLX90614 test"); if (!mlx.begin()) { Serial.println("Error connecting to MLX sensor. Check wiring."); while (1); }; } void loop() { Serial.print("Ambient = "); Serial.print(mlx.readAmbientTempC()); Serial.print("*C\tObject = "); Serial.print(mlx.readObjectTempC()); Serial.println("*C"); Serial.print("Ambient = "); Serial.print(mlx.readAmbientTempF()); Serial.print("*F\tObject = "); Serial.print(mlx.readObjectTempF()); Serial.println("*F"); Serial.println(); delay(500); }
CODING #2 – CODING RINGKAS SAHAJA
Di bawah ini, adalah coding yang telah kami ringkaskan, khas untuk dapatkan suhu Darjah Celcius sahaja.
#include <Adafruit_MLX90614.h> Adafruit_MLX90614 mlx = Adafruit_MLX90614(); float Temperature; void setup() { Serial.begin(9600); if (!mlx.begin()) { Serial.println("Error connecting to MLX sensor. Check wiring."); while (1); }; }//END VOID SETUP void loop() { Temperature = mlx.readObjectTempC(); Serial.print("Suhu: "); Serial.print(Temperature); Serial.print(" C"); Serial.println(); delay(100); }//END VOID LOOP
CODING #3 – CODING PAPARAN DALAM EXCEL (PLX-DAQ)
Untuk persediaan coding ini, pastikan anda rujuk GUIDE PENUH penggunaan PLX-DAQ yang berikut:
Guide Penuh Penggunan Excel PLX-DAQ

Dari guide PLX-DAQ, anda perlu download .ZIP file PLX-DAQ.
Apa yang penting dalam file ini adalah file Excel yang bernama PLX-DAQ.xlms
File excel ini mempunyai CONSOLE yang telah diprogramkan melalui embedded VB-Macro Excel.
File ini boleh didupplikasi untuk project-project lain.
Yang penting DUPPLICATE dan jangan Create New Excel File.
Untuk membuka CONSOLE PLX-DAQ, tekan butang yang bernama OPEN PLX DAQ UI.
Selepas tekan, window CONSOLE yang berwarna PURPLE akan keluar.
CONSOLE-PORT
Dalam bahagian PORT dalam console, pastikan anda pilih Port Number yang MATCHING dengan COM-Port Arduino.
CONSOLE-BAUD
Baud-rate Console mesti diubah, matching dengan Baud Rate Serial Monitor Arduino dalam coding.
MULAKAN PENGHANTARAN DATA KE EXCEL
Untuk mula menerima Data dari Arduino, terus tekan sahaja butang CONNECT.
Dan data sepatutnya terus masuk dalam cell-cell Arduino.
Untuk hentikan penghantara data, hanya perlu tekan DISCONNECT.
AMARAN
Penggunakan PLX-DAQ, tidak boleh menggunakan SERIAL MONITOR dalam masa yang sama.
Ia akan mengganggu proses penghantaran data.
#include <Adafruit_MLX90614.h> Adafruit_MLX90614 mlx = Adafruit_MLX90614(); float Temperature; void setup() { Serial.begin(9600); if (!mlx.begin()) { Serial.println("Error connecting to MLX sensor. Check wiring."); while (1); }; }//END VOID SETUP void loop() { Temperature = mlx.readObjectTempC(); //WARNING : SERIAL MONITOR TIDAK BOLEH DIGUNAKAN //APABILA MENGGUNAKAN PLX-DAQ EXCEL Serial.println( (String) "DATA,DATE,TIME," + i++ + "," + Temperature + ",AUTOSCROLL_20"); delay(100); }//END VOID LOOP
PERSEDIAAN UNTUK KE CODING ARDUINO
Jika anda menghadapi kesukaran dalam menggunakan atau memahamkan Arduino dan Coding, kami sarankan anda ikuti E-Learning E-Kursus Pemantapan Asas Arduino MatGyver ini.
Sebelum membuat sebarang Project Arduino, kita perlu tahu dahulu Fundamental Hardware dan juga Fundamental C++ Coding supaya kita dapat kenal-pasti sebarang masalah atau error-error basic yang bakal terjadi ketika membuat project ini.
Jika anda mempunyai sebarang PERTANYAAN berkenaan artikel ini, anda boleh maklumkan dalam bahagian COMMENT.
Selamat Membuat Project Electric-Drum!
Jika anda menyukai artikel-artikel keluaran MatGyver.my, kami mohon jasa baik tuan/cikpuan untuk sumbangkan like pada page FaceBook kami,
dan juga Subscribe ke YouTube Channel kami !
