Google Firebase Database Setup & Setting | Arduino

Firebase adalah sebuah Cloud-Database Platform yang disediakan oleh Google bagi mempermudahkan proses development Mobile App dan pelbagai IOT device dan service.

Dalam Tutorial ini, kami akan tunjukkan bagaimana untuk SETUP DATABASE anda dalam Firebase Google, untuk kegunaan IOT Project Arduino atau Raspberry Pi.

Database yang menggunakan Internet Cloud, memerlukan Internet Connection untuk berkomunikasi.

Asas sebuah Database Management System memerlukan 4 Komponen di bawah:

  • Storage Device : Hard Disk/Memory atau yang sewaktu dengannya
  • Operating System (OS) : OS sesebuah database management system pastinya memerlukan processor 64 bit berkelajuan tinggi.
  • Management Software : Software
  • Akses Cloud / WiFi / Internet : Kaedah komunikasi antara device dan Database System

Firebase menggabungkan ke-semua komponen di atas dan dipermudahkan kaedah penggunaannya dengan app/ website Firebase.


Jika tidak menggunakan Firebase, korang perlu setup ke-empat-empat komponen di atas dahulu, dan pastikan system database berfungsi dahulu sebelum boleh berkomunikasi dengannya dahulu.

Jika setup anda adalah Local-Database /Server carta aliran akan berupa seperti di bawah, iaitu dengan menggunakan WiFi / Router sebagai medium komunikasi tanpa connection internet.

Database System menggunakan Local Server

DataBase Management System (DMS) diperlukan untuk kebanyakan applikasi IOT zaman sekarang, untuk manage beribu-ribu dan juta-juta data. Dengan adanya DataBase Management System, App Development dan IOT Device development dapat dipermudahkan serta kelajuan App dapat di optimize kerana data-data besar telah di uruskan oleh DMS.

Data yang banyak sebegini tidak dapat di SIMPAN dan juga di manage oleh Arduino (8bit processor) sendiri.

LANGKAH – LANGKAH MEMBUAT DATABASE DI FIREBAS.GOOGLE

CREATE ACCOUNT DI FIREBASE GOOGLE & REGISTER ACCOUNT

Layari URL untuk Firebase di URL berikut:
( https://firebase.google.com/ )

FIREBASE.GOOGLE

dan register account menggunakan Account Google anda.

MULAKAN DENGAN “GET STARTED” & CREATE PROJECT

Tekan “Get Started”
Tekan “Create a project”

Isikan nama project anda di bahagian “Project name”.
Di sini, kami menamakan project kami Attendance Monitoring System
Dan tekan “Continue

DISABLE ” GOOGLE ANALYTICS ”

Dalam bahagian ini, anda akan ditanya untuk memasangkan Google Analytics pada Database anda.

Google Analytics tidak penting untuk project-project prototype.
Jadi di sini, kami memilih option untuk Disable.

Tekan Create Project
Anda akan dapat notifikasi ” Your new project is ready “ . Kemudian tekan ” Continue ”

CREATE ” REALTIME ” DATABASE

Apabila project telah di ” Create ” , kita boleh mula SETUP Database.

Terdapat 2 option untuk JENIS DATABASE dalam Firebase:

1) Option CloudFirestore
Option ini menyimpan data dalam bentuk document JSON.

2) Option Realtime Database
Option ini lebih mudah untuk beginners, dimana data disimpan dalam bentuk TREE (pokok) yang panjang dan lebih mudah untuk difahami.

Kita pilih Option #2, Realtime Database.

Klik bahagian ” Develop ”
Klik ” Database ” kemudian Scroll bawah ke bahagian ” Realtime Database “ dan klik “Create database”
Pilih option ” Start in test mode “ dan klik ” Next ”

Rujuk gambar di bawah, kes ini hanya berlaku jika diminta.
Firebase akan bertanya lokasi server yang diinginkan.
Pilih option ” asia-south 1 ” .

(Jika option ini tiada, anda boleh skip)

Database anda dah Siap Bersedia!

MEMASUKKAN DATA DALAM FIREBASE

Ikuti langkah-langkah berikut untuk ketahui cara memasukkan data dalam Firebase.

HINT : Cari simbol ” + ”

Cari icon ” + “ dalam database, dan klik.
Setelah itu akan muncul ” Name “ iaitu ruang untuk nama data anda, dan ruang ” Value “ untuk NILAI data anda, samada nombor ataupun perkataan.

RUANG “Name”

Dalam ruang “Name” ini, kami menulis:

” Nama/1 “.

Ini adalah kaedah penting menulis NAMA DATA dalam firebase.
Anda akan lihat KENAPA dalam hasilnya selepas ini.

RUANG “Value”

Dalam ruang ini, anda boleh mengisikan samada nombor ataupun perkataan.

Dalam ruang “Value” ini, kami menulis:

” Ahmad “.

Jika sudah selesai mengisi kedua-dua ruangan ini,
anda boleh proceed dengan menekan ENTER atau tekan ” Add ”

Anda akan lihat, Nama Ahmad akan mempunyai ID : 1 atau lebih mudah di panggil FOLDER 1

TAMBAH BEBERAPA LAGI DATA

Bagi menambahkan lagi data, hanya tekan pada simbol + pada Icon Nama, dan tambahkan lagi data seperti:

Name: ” 2 “ Value: ” Aisyah “

Name: ” 3 “ Value: ” Faizal “

Dan hasilnya adalah seperti berikut.
Anda perasan warna Database menjadi OREN manakala data baru yang ditambah akan menjadi HIJAU.

Anda mencipta 3 nombor folder di bawah folder Nama

Ini adalah kaedah Firebase memberitahu pengguna,
terdapat data baru yang dimasukkan.

Sama juga, jika anda menghantar sesuatu data samada dari Arduino ataupun Rasp Pi,
Struktur WARNA yang sama akan muncul untuk data-data baru yang masuk.

DELETE DATA

Bagi men-DELETE data pula, anda hanya perlu menekan icon ” X “ di sebelah KANAN data untuk membuangnya.

DATA BERTINGKAT

Section ini penting, bagi meng-STRUKTUR-kan data seperti sebuah JADUAL (TABLE).

Pastikan anda kosongkan dan delete data-data tadi, dan cuba kaedah berikut apabila memasukkan data:

Masukkan berikut dalam Database Anda.

Name: ” 1/Nama “ Value: ” Ahmad “

FOLDER 1 dicipta dan terdapat FOLDER Nama yang mempunyai isi Ahmad

Kemudian, di FOLDER 1 tambahkan lagi folder dan data baru:

Name: ” IC “ Value: ” 881189-09-5523″

Dalam Struktur ini, anda lihat, ID atau FOLDER 1 mempunyai 2 ANAK FOLDER, IC dan Nama
Kemudian tambahkan lagi beberapa FOLDER dan ID lain seperti dalam gambar di atas.

INI, adalah kaedah yang BETUL untuk memasukkan maklumat data ke dalam Firebase.

Dengan KAEDAH YANG SAMA, kita boleh dapat PANGGIL atau HANTAR DATA dari atau ke Arduino mahupun Raspberry Pi.

Jika kaedah ini tidak diikuti, akan menjadi sukar untuk menyusun dan meng-STRUKTUR-kan DATA dalam DATABASE.

Sesudah ini, anda boleh mula cuba komunikasi dengan DATABASE anda melalui tutorial berikut:

SEND/RECEIVE DATA DARI ARDUINO KE FIREBASE

Selamat Memulakan Langkah IOT Pertama anda dengan Firebase!


Jika anda menyukai artikel-artikel keluaran MatGyver.my, kami mohon jasa baik tuan/cikpuan untuk sumbangkan like pada page FaceBook kami,
dan juga Subscribe ke YouTube Channel kami !

Dapatkan Tips-tips DIY dan Arduino dari FB Page Kami.

Konten Video Tips DIY Hobby MatGyver Official Channel.

Published by Mat Gyver

Peneraju Komuniti Digital Maker Malaysia. Pembangunan Komuniti diUtamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: