Penggunaan delay() dalam projek Arduino sangat lah tidak digalakkan. delay() dalam coding Arduino akan membuatkan coding stuck pada delay() dan melambatkan proses pembacaan coding oleh Arduino. Untuk mengelakkan sebarang masalah efisiensi sesuatu projek, delay() tidak digunakan dan digantikan dengan timer.
Timer yang akan digunakan adalah Simpletimer. Bertepatan dengan namanya, Simpletimer antara timer yang paling mudah untuk faham dan digunakan berbanding timer lain yang terdapat pada Arduino.
Library Simpletimer diperlukan untuk menggunakan timer ini, library Simpletimer boleh didapati disini https://github.com/schinken/SimpleTimer
Berikut disediakan contoh coding yang mudah untuk difahami tentang Simpletimer.
#include <SimpleTimer.h>
int count = 0;
SimpleTimer timer1; // the timer object
void setup() {
Serial.begin(9600);
timer1.setInterval(1000, repeatMe);
}
void loop() {
timer1.run();
}
// function to be executed periodically
void repeatMe() {
count = count + 1;
Serial.print(“count = “);
Serial.print(count);
Serial.println();
}

Anda boleh mengubah nilai masa mengikut nilai yang diinginkan.