UPDATE JUNE 2019 :
Module ESP8266 ini sudah jarang digunakan untuk projek-projek IOT kerana ke-tidak-stabilan connection WiFi nya, juga disebabkan kaedah sambungan wiring yang rumit kerana perlu menggunakan Resistor.
Jika anda sedang membuat projek IOT, kami galakkan anda terus menggunakan NodeMCU, iaitu sejenis Arduino yang mempunyai ‘Built-In’ WiFi Module yang lebih berkualiti.
Anda boleh dapatkan Module NodeMCU dari Web-Store kami:
Dapatkan NodeMCU untuk projek IOT
Guide untuk “Beginners” bagaimana menggunakan AT Command untuk setting WiFi Module ESP8266 (ESP-01). AT Command ini hanya perlu di-setting SEKALI sahaja pada peringkat awal, selepas itu, tidak perlu setting AT Command. AT Command ini kebiasannya adalah untuk Setup module supaya ia dapat digunakan berdasarkan kondisi yang kita tetapkan, sebagai contoh berikut untuk ESP8266:
- menetapkan Mode module (AP/Station)
- menetapkan kelajuan Baud Rate
- menetapkan SSID Wifi/Network juga Password Network
PENTING! : Jika anda mahu gunakan Software.Serial untuk komunikasi dengan ESP8266 dalam Arduino Sketch, Setting Baud Rate pada ESP8266 perlu ditukar pada 9600 untuk mendapat signal yang stabil.
Kami tidak memberi warranty pada anda jika Guide ini digunakan pada module selain version ESP-01 bersama kondisi berikut.
Secara theory, AT command ini patut dapat digunakan untuk versi lain ESP8266, namun kami tidak memberi warranty selain dari module dan versi yang kami nyatakan di bawah.

Module yang kami gunakan dalam guide ini boleh didapati dari URL berikut:
Version yang kami check dalam AT command melalui command AT+GMR
- AT Version : 1.1.0.0
- SDK Version : 1.5.4.0
- AT Version : 1.2.0.0
- SDK Version : 1.5.4.0
Nota: Artikel ini ditulis selepas berhari-hari menghadap berpuluh-puluh artikel di google, untuk configure module ESP8266 ini supaya dapat digunakan dengan mudah bersama applikasi Blynk dengan berjaya.
Di sini, kami permudahkan anda dengan memberi kompilasi serta rumusan dari pencarian dan test kami di MatGyver.my
AT+COMMAND Melalui UNO
Dalam guide ini, kita akan menggunakan kaedah mudah melalui Arduino UNO untuk membuat komunikasi AT-Command dengan Module ESP 8266.
Dalam Guide ini, kami akan menerangkan kaedah termudah dengan menggunakan Arduino UNO sahaja tanpa perlu membeli module-module lain dan software lain yang berasingan.
Untuk membuat module ESP berkomunikasi terus dengan komputer melalui UNO, terdapat beberapa mazhab di internet, seperti perlu keluarkan chip ATMega328P, ada yang kata perlu sambungkan pin RESET pada Ground dan macam-macam lagi.
Kaedah yang kami tunjukkan di sini, tidak memerlukan aktiviti yang pelik-pelik, cuma sambungkan ESP terus pada Arduino pada pin Rx dan Tx.
Apa yang penting, sambungkan Pin Tx dan Rx seperti di bawah:
- Tx ESP – Tx UNO
- Rx ESP – Rx UNO (melalui voltage divider) – Tx UNO (melalui Voltage Divider)
Dengan TIDAK menyilangkan Tx-Rx, USB connection akan by-pass chip ATMega dan terus berkomunikasi dengan Module ESP melalui Serial Monitor.
Nota Kaki: Pada penggunaan Normal ESP (bukan AT-Command), sambungan Tx-Rx adalah seperti berikut:
- Tx ESP – Rx UNO
- Rx ESP – Tx UNO (melalui voltage divider) – Tx UNO (melalui Voltage Divider)
Step 1: Masukkan (upload) Sketch Kosong ke dalam Arduino UNO

Sebelum upload sketch, pastikan Module ESP8266 TIDAK-DISAMBUNGKAN. Upload sketch kosong dengan Void Setup dan Void Loop sahaja ke dalam Arduino UNO. Sketch ini juga dikenali sebagai sketch “Bare-Minimum”.
PERHATIAN! : Pastikan Module ESP TIDAK disambungkan pada Arduino ketika Upload. Jika tidak, IDE akan konfius nak upload ke UNO ke atau ke ESP.
Step 2: Sambungkan ESP8266 Pada Arduino UNO
Selepas sketch kosong di-Upload, CABUT semula USB dan power, untuk off kan UNO Board.
Kemudian sambungkan Module ESP mengikut wiring-diagram di bawah.
(3 biji resistor 1k ohm adalah menjadi voltage divider supaya signal yang pergi ke pin Rx ESP adalah 3.3V, manakala voltage selebihnya diground-kan)

Pastikan Pin Tx ESP disambungkan pada Pin Tx UNO dan Pin Rx ESP (bersama voltage divider) sambung pada Pin Rx UNO.
Sambungan Tx-Tx dan Rx-Rx membolehkan ESP berkomunikasi terus pada PC dan bukan pada Arduino. Sambungan yang sebaliknya akan membuat ESP berkomunikasi dengan UNO.
Step 3: Sambungkan semula USB dan buka Serial Monitor

Selepas membukan Serial Monitor, tukar setting Baud Rate pada default Baud Rate 115200.
(module ESP dari tempat lain mungkin mempunyai Baud Rate default yang berlainan, pastikan anda check datasheet mereka)
Kemudian, tukarkan setting “No Line Ending” pada “Both NL & CR” di ruangan bawah kanan Serial Monitor.
ASAS BASIC AT-COMMAND
AT – Test AT Startup
Dengan menulis “AT” pada Serial Monitor dan enter, anda memberi command pada module ESP untuk Start dalam mode AT.
Jika module ok dan tidak bermasalah, anda pasti akan dapat return “OK” dari ESP.

AT+GMR – Lihat Version AT dan SDK
“AT+GMR” akan meminta ESP nyatakan version software AT dan SDK yang ada dalam flash memorynya.
Dalam Gambar di atas, Version AT ESP adalah version 1.1.0.0 manakala version SDK adalah version 1.5.4 , antara version yang terbaru.
AT+CWMODE – Lihat fungsi-fungsi WiFi Mode

“AT+CWMODE=?” akan listkan jenis-jenis mode WiFi yang ada.
- Mode 1 – Mode Station, yang hanya akan connect pada mana-mana router/wifi berdekatan
- Mode 2 – Mode AP (Access Point) , di mana ESP menjadi router yang boleh di-access oleh mana-mana device lain. Dalam mode 2, anda boleh memberi command untuk melihat Nama AP juga boleh memberi password
- Mode 3 – Mode Station + AP, dalam mode ini, ESP boleh dipilih untuk menjadi AP atau Station
“AT+CWMODE?” akan memberikan konfigurasi mode “sekarang”
“AT+CWMODE=<nombor mode>“sebagai contoh, “AT+CWMODE=2″ akan menukar setting ESP pada mode 2, iaitu AP Mode.
AT+CWLAP – Listkan semua AP/WiFi Router berdekatan

“AT+CWLAP” akan listkan semua network WiFi (AP) yang berdekatan, nama , MAC Address serta kekuatan signal akan terpapar.
AT+CWJAP – Sambung pada mana-mana AP/Router WiFi/Hotspot
“AT+CWJAP=<SSID>,<PWD>” akan menyambungkan ESP pada WiFi SSID yang dinyatakan. Contoh penuh menulis adalah,
“AT+CWJAP=”Rumah-Saya”, “abc123”
“AT+CWJAP?” akan menyatakan apakah AP atau WiFi network yang sedang disambung pada ESP.
SETTING BAUD RATE
Selain dari setting-setting di atas, Command untuk menukar Baud Rate juga penting. Tetapi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati kerana ia akan terus di simpan dalam Flash Memory ESP.
AT+UART_DEF – tukar setting Baud Rate
“AT+UART_DEF=9600, 8, 1,0,0” akan menukar Baud Rate default ESP dari 115200(atau yang sedia ada) pada Baud Rate 9600.
Penukaran Baud Rate adalah penting sekiranya anda menggunakan SoftwareSerial.h library untuk berkomunikasi dengan Module ESP.
Advance AT+COMMAND
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan mahu mengetahui lebih mengenai semua AT Command yang ada, anda boleh lihat document lengkap di URL berikut dari Sparkfun :
Atau anda boleh download document lengkap di URL berikut:
Selamat Menggunakan ESP8266!
Module Komunikasi Untuk AT+COMMAND
Dalam guide ini, kita akan menggunakan kaedah mudah melalui Arduino UNO untuk membuat komunikasi AT-Command dengan Module ESP 8266.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kaedah lain dan module lain yang boleh digunakan untuk sambungan ESP8266 terus pada PC. Terdapat sesetengah Hobbyist yang menggunakan module FTDI yang disambungkan terus pada pin Tx dan Rx ESP8266.

Ada juga yang menggunakan Software Communication lain seperti Putty dan lain-lain. Putty mempunyai display seperti ruangan Command Promt/MS-Dos.

Dalam Guide ini, kami akan menerangkan kaedah termudah dengan menggunakan Arduino UNO sahaja tanpa perlu membeli module-module lain dan software lain yang berasingan.
…
…
Jika anda dapati artikel ini membantu korang dan project korang, jangan lupa untuk sumbangkan “Like” pada aritkel, atau kongsikan aritkel ini supaya kami lebih bersemangat untuk kongsikan artikel-artikel yang lebih mantap!
Tinggalkan sebarang comment dan persoalan di ruangan komen di bawah.
DISCLAIMER: TENTANG MATGYVER.MY
Artikel-artikel di MatGyver.my ditulis khas untuk DIY-ers dan Hobbyist yang tiada latar belakang Electronics Engineering mahupun Mechanical Engineering. Setiap artikel MatGyver.my diolah dan digubah semudah yang mungkin bertujuan untuk mempermudahkan pemahaman dan penggunaan sesuatu komponen teknikal untuk aktiviti DIY. Artikel-artikel di MatGyver.my tidak sesuai untuk pembaca yang memerlukan info yang terlalu detail dan sangat mendalam sehingga boleh mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Electronics Engineering atau Mechanical Engineering.
Namun, kami alu-alukan anda-anda yang hebat untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci pada mana-mana persoalan yang timbul tentang 2 topik utama di atas.
|Arduino Malaysia|