Langkah Pertama Mempelajari Arduino | Arduino

Jika anda baru sahaja membeli satu unit Arduino dan masih tertanya-tanya bagaimana hendak bermula, anda boleh bermula dengan membaca entry-tutorial ini.

Apabila sudah biasa dengan penggunaan Arduino, sebenarnya, kadang-kadang anda tidak perlu langsung fikirkan coding, kerana ada beribu-ribu project di internet yang anda boleh tiru sambungan komponen dan wiring, kemudian copy paste coding software yang diberikan.

AMARAN! : COPY dan PASTE bukanlah kaedah yang betul untuk mempelajari Arduino.


Kaedah yang betul untuk belajar Arduino adalah dengan:
Step #1: Lihat Project yang sudah berjaya.
Step #2: Lihat kaedah SAMBUNGAN yang berjaya itu.
Step #3: Lihat kaedah CODING yang berjaya itu.
Step #4: Bertanya pada diri, MENGAPA ia di-CODING begitu?
Bertanya pada diri, MENGAPA ia di-SAMBUNG begitu?
Bertanya pada diri, apakah SEBAB ia di-SAMBUNG dan di-CODING begitu?

 

 

Namun begitu, kebanyakan masa, project-project yang di-post di internet adalah dari orang-orang yang sudah advance. Kadang kala anda akan menemui beberapa masalah seperti:

  • Blog  atau post yang sudah bertahun lama, sebarang pertanyaan akan direply dengan lambat, atau mungkin tiada reply langsung
  • Coding yang diberikan adalah terlalu advance untuk difahami dan tidak menggunakan library coding C++
  • Module yang digunakan adalah berlainan dari yang anda ada.

Kami di MatGyver.my akan berusaha untuk memberikan sebarang support dan bantuan kepada mana-mana individu DIY-ist yang memerlukan bantuan untuk project masing-masing. Jadi, jangan bersegan-silu untuk meninggalkan sebarang pertanyaan atau comment kepada kami.

Bagaimana Nak Mula?

Secara ringkasnya, ada 3 aktiviti utama yang terlibat dalam menggunakan Arduino:

  1. Sambungan Komponen Electroniks
  2. Aktiviti Programming dan Coding
  3. Pemasangan pada penggunaan (jika ada sahaja)

Untuk kebanyakan masa, DIY-ist gemar mencuba-cuba circuit baru dan coding programming baru, jadi Langkah 3 di atas tidak berkaitan.

Pada peringkat permulaan, adalah sangat penting untuk hidupkan Arduino anda buat kali pertama untuk melihat samada Arduino anda berfungsi dengan baik atau ia tidak langsung berfungsi dan perlu ditukar semula di tempat pembelian.

“Pembelian di store.MatGyver.my mempunyai Warranty-Gantian, 7 hari dari tarikh penerimaan bungkusan, jika sebarang komponen tidak berfungsi-baik”

Oleh itu, ikuti sahaja langkah-langkah berikut untuk menguji Arduino anda, dan lihat samada ia berfungsi atau perlu ditukar.

Aktiviti ini boleh digunakan untuk hampir semua jenis Arduino termasuk, UNO, NANO, MEGA 2560 danyang seangkatan dengannya.

LANGKAH #1 : Komponen Yang Perlu Ada 

Komponen Perlu Ada.jpg

Anda hanya perlu ada 3 komponen seperti di atas untuk menghidupkan Arduino buat pertama kali:

  1. Laptop/Komputer Peribadi
  2. Arduino Board (UNO, NANO, MEGA 2560, atau yang lain2)
  3. USB Programming Cable

Pastikan anda mempunyai programming cable yang bersesuaian untuk Arduino Board anda. Mana-mana USB cable yang terdapat dalam pasaran boleh digunakan, cuma pastikan Header-nya bersesuaian dengan Arduino Board anda.

USBConnectorsCommon.jpg

Jenis-jenis USB cable dalam pasaran.

USB Type B
Header Type-B adalah sesuai untuk Arduino UNO dan MEGA 2560

Mini USB
Header Mini USB adalah sesuai untuk Arduino NANO

Micro USB
Header Micro USB digunakan untuk sesetengah module-module programming yang berasingan.

LANGKAH #2 : Software Arduino IDE 

software-arduino-1

IDE atau dengan nama penuh canggihnya, Integrated Development Environment (IDE), hanyalah software yang menukarkan input coding C/C++ kepada coding asas Binary Microprocessor. (baca di sini untuk mengetahui lanjut mengenai Arduino IDE)

Software ini boleh di download dengan percuma dari website official Arduino di URL di bawah:

https://www.arduino.cc/en/Main/Software

Ikuti Video Tutorial berikut untuk step-by-step guide bagi meng-Install Software IDE, dan meneruskan dengan Tutorial ini.

[Video]

LANGKAH #3 : Sambungkan Arduino Pada PC/Laptop 

Langkah seterusnya, selepas install software, terus sambungkan Arduino anda pada Laptop/PC dengan menggunakan USB cable.

Sambung Arduino.jpg

Sambung sahaja terus seperti mana-mana USB device yang lain.

Lampu Arduino menyala.jpg

Setelah sambung USB dibuat, LED Hijau “ON” akan menyala consistent.

Lampu Hijau “ON” menandakan Arduino telah diberi kuasa.

LANGKAH #4 : Pastikan Port Komunikasi Dikesan

port-not-connected

“Port” berwarna kelabu dan tidak boleh dipilih.

Di Top-Menu, pilih “Tools” dan lihat bahagian “Port”.
“Port” akan berwarna kelabu dan tidak dapat dipilih jika Arduino tidak disambungkan.

Jika Arduino telah disambungkan dan masih kelabu, tunggu beberapa saat sehingga ia menjadi hitam.

Jika selepas beberapa minit, ia masih kelabu, ini bermakna ada kemungkinan masalah hardware atau teknikal.

port-bersambung

“Port” menjadi solid hitam apabila sambungan berjaya.

Apabila komputer dapat mengesan Arduino Board, “Port” akan bertukar menjadi Hitam-solid dan ia boleh dipilih. Mana-mana Arduino Board  akan dikenali sebagai COMX, atau apa-apa nombor lain seperti COM5, COM6 dan nombor-nombor lain.

Tekan ‘right’ pada COMX tersebut.

COM4 ini adalah nama lainnya, communication port. Kebiasaanya COM4 menunjukkan jenis sambungan “Serial” telah disambungkan pada komputer anda.

Arduino berkomunikasi dengan komputer melalui Serial-Communication, dimana segala data ditransfer melalui aliran stream data binary dalam bentuk serial.
(Anda bole ikuti artikel di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Serial-Communcation)

PENTING! : Pastikan anda memilih Board yang betul dalam pilihan “Board”

pilih-board

Di bahagian “Tools” pilih Board yang anda akan gunakan.

Dalam pilihan “Board”, pilih board anda:

  • Arduino\Genuino UNO – untuk Arduino UNO
  • Arduino\Genuino Nano – untuk Arduino NANO
  • Arduino\Genuino Mega or Mega 2560 – untuk Arduino MEGA

LANGKAH #5 : Uji Arduino Anda Dengan ‘Sketch’ Yang Mudah

Apabila Arduino berjaya dikesan, anda boleh mengupload sebarang ‘Sketch’ pada Arduino anda, dari yang paling mudah ke yang paling complicated.
Jangan risau mengupload sebarang Sketch, anda boleh mengupload Sketch BANYAK kali sehingga 10,000 kali seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi Arduino.

Dalam komuniti Arduino, program atau coding yang ditulis dalam Software Arduino IDE dipanggil ‘Sketch’.

Anda boleh mencuba antara 2 sketch mudah dibawah:

Sketch #1: “Hello World” – Void Setup

void setup() {
 // bahagian untuk setup code
Serial.begin(9600);  //Line #1
Serial.print(" Hello World ");  //Line #2
}

void loop() {
 // main code yang akan berulang-ulang

}

Ini adalah antara sketch yang paling simple untuk menguji Arduino.
Sketch atau code ini akan mengeluarkan ayat “Hello World” di dalam Serial Monitor, sekali sahaja!
(kerana coding utama berada dalam “Void Setup” sahaja)

monitor-setup

Hello World muncul sekali sahaja, kerana Void Setup berjalan sekali sahaja.

Ikuti Langkah #6 untuk ketahui bagaimana melihat Serial Monitor.

Sketch #2: “Hello World” – Void Loop

void setup() {
 // bahagian untuk setup code
Serial.begin(9600);  //Line #1

}

void loop() {
 // main code yang akan berulang-ulang
Serial.println(" Hello World ");  //Line #2
}

Sketch ini pula, akan mengeluarkan ayat “Hello World” di dalam Serial Monitor, berkali-kali!
(kerana coding utama berada dalam “Void Loop” sahaja)

monitor-loop

Hello World muncul berkali-kali kerana Void Loop loop secara infinity.

Copy mana-mana code di atas, dan paste-kan (padam apa yang ada dalam IDE dulu) di dalam ruangan programming.

Pastikan anda save dahulu Sketch yang telah dipaste tadi.
Pilih File > Save As , dan window save akan pop-up.

Berikan nama pada file sketch tadi, dan save.

save-as

Window Save As

Kemudian, upload Sketch tadi ke dalam Arduino anda dengan semudah menekan butang  “Upload” seperti dalam gambar di bawah:

upload

Ketika upload, bahagian notification akan mengatakan “Compiling Sketch” dahulu, kemudian barulah ia akan menunjukkan “Uploading”. Status Bar juga akan bergerak.

Setelah selesai Upload Sketch, bahagian notification akan menunjukkan
“Done Uploading” dan Arduino anda akan mula menggunakan Sketch baru tersebut.

LANGKAH #6 : Gunakan ‘Serial Monitor’ Untuk Melihat Keluaran Dari Sketch Anda

Serial Monitor dapat dibuka dengan semudah menekan icon Serial Monitr di atas-kanan window.

Serial Monitor.jpg

Apabila, “Hello World” terpapar dalam Serial Monitor anda, bermakna Arduino andadapat berfungsi dengan baik.

Anda boleh tinggalkan sebarang persoalan dalam ruangan comment jika anda memerlukan bantuan mengenau Arduino atai DIY.

Beberapa Tutorial  yang kami sediakan untuk Beginners tanpa latar-belakang programming ada seperti berikut:

Beberapa Artikel bacaan yang kami syorkan diperingkat awal.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s