Membina Komuniti DIY | MatGyver.my

DIY atau nama penuhnya, Do-It-Yourself, adalah hobby yang innovatif yang ada pada hampir semua orang. Kami percaya, setiap orang mempunyai bakat DIY mereka tersendiri, bergantung pada bidang DIY yang mereka fokus.

Beberapa Bidang DIY

  1. Jahitan
  2. Masakan
  3. Baking
  4. Pertukangan
  5. Pembuatan
  6. Pembinaan

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan dari saya Mat Gyver.

Seorang DIY-er, Jurutera, Entreprenuer, dan Bapa baru pada seorang puteri (Alhamdulillah).

Seperti tertera dalam pengenalan di atas, jauh disudut sanubari hati, saya merupakan seorang Jurutera a.k.a. builder a.k.a. DIY-er, juga sedang menerajui bidang keusahawanan sambil menerajui kehidupan sebagai bapa seorang puteri baru (Alhamdulillah).

Jika tuan/puan mahu tahu sedikit-sebanyak mengenai latar belakang saya, bolehlah meneruskan pembacaan sehingga habis. Jika tidak, Salam Perkenalan dari saya Mat Gyver, semoga penulisan-penulisan saya dapat memberi manfaar pada anda.

P/s: Jika anda mendapati penulisan saya bermanfaat, bolehlah share pada rakan-rakan anda dan mungkin anda dapat beri manfaat pula pada rakan-rakan anda, insyaAlalh 🙂

Selamat Membaca!

Kejuruteraan dan DIY, telah terpahat dalam darah saya sejak kecil lagi.

Saya merupakan anak ke-3, anak lelaki sulong daripada 6 orang adik beradik. Bapa saya merupakan seorang Pensyarah di sebuah universiti tempatan yang mengajar bidang Kejuruteraan Pertanian dan Biologi.

Secara ringkasnya, saya mewarisi kemahiran dan kepakaran dari ayah saya kerana memang hobi ayah saya sejak beliau kecil adalah merekacipta segala-macam benda di rumah 🙂

hape-fix-it-best-kids-tool-box

Gambar hanya hiasan. Sewaktu kecil, untung sangat la siapa-siapa yang dapat mainan canggih macam ni.

Kali pertama saya memegang sepanar adalah ketika saya berada di darjah 3. Ketika itu, minat saya masih lagi sama seperti budak-budak yang lain, bermain guli, layang-layang, gasing, main kejar-kejar. Namun bapa saya dirumah, telah meng’TRANSFORM’ halaman depan rumah kami menjadi ‘workshopnya’. Terus-terang saya katakan, kami memang tidak mempunyai bangsal, dan segala aktiviti pertukangan dan rekacipta memang dilakukan di tempat letak kereta halaman depan rumah kami, sebuah rumah teres 2 tingkat. Memang seluruh penduduk di taman perumahan kami sudah mengenali rumah kami sebagai ‘workshop’. Manakan tidak, halaman rumah kami dipenuhi dengan pelbagai besi, kayu, mesin lama, yang adanya sudah berkarat! 🙂

Sejak dari itu, saya mula membantu bapa saya menyiapkan ‘projek-projek’nya pada setiap petang selepas bapa saya pulang dari kerja. Banyak projek yang telah kami buat seperti Go-Cart persendirian, WheelChair Electric, Penerima siaran satelite, projek mengubah suai rumah, kapal terbang, overhaul enjin potong rumput dan macam-macam lagi.

Yang menariknya lagi, semua ini berlaku dalam masa 3 tahun sahaja sehingga saya masuk ke darjah 6. Ketika itu, minat saya dalam bidang rekacipta dan inovasi adalah amat mendalam dan membuak-buak.

Teringat pula pada pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya 🙂

Walaupun pengalaman nampak menarik, tetapi banyak yang terpaksa saya korbankan pada zaman kanak-kanak saya demi membantu bapa saya. Tambahan pula, kemahiran sosial saya semakin berkurangan ketika itu. Saya tidak lagi bercampur gaul dengan kanak-kanak lain kerana sibuk dengan minat saya. Saya sering dibuli disekolah kerana kekurangan kemahiran sosial. Saya juga tidak dapat bergiat dalam bidang sukan dan seni mempertahankan diri kerana fizikal saya tidak dibina dari kecil untuk berlari dan tahan lasak.

Kebanyakan kanak-kanak ketika itu, sudah mula bermain bola sepak, badminton dan macam-macam lagi. Namun oleh kerana minat saya yang mendalam dalam rekacipta, saya hanya menghadap projek-projek saya sendiri dirumah dikala orang lain sedang seronok bermain-main di padang pada waktu petang.

Minat saya ketika itu, telah membuatkan saya CSI kesemua barang mainan saya dan adik-adik saya. Saya Belah dan saya Bedah kerana saya terlalu minat untuk mengetahui “Cara ia berfungsi”. Ibu saya selalu berleter dengan saya, “ekau ni, dah macam tikus baiki labu la mat. habis rosak sumo”. Memang setiap mainan yang saya buka pasti tidak dapat dipasang semula dengan betul.

Tetapi itu adalah permulaan…

Lama-kelamaan, saya memang sudah mahir dengan fungsi-fungsi mekanikal dan elektrikal barang permainan dan akhirnya, saya sudah menjadi expert dalam membaik pulih kebanyakan barang mainan. Malah, saya sudah mula membuat barang mainan saya sendiri hasil dari gabungan  mainan-mainan yang telah saya CSI-kan! Jimaattt duit bapa saya.

Terus-terang saya nyatakan, kami hanyalah keluarga biasa-biasa. Walaupun bapa saya seorang pensyarah, namun perbelanjaan bulanan kami memang amat terhad hasil dari pencarian rezki dari bapa saya seorang sahaja. Ibu saya pula merupakan suri rumah sepenuh masa, demi menjaga anak-anak tersayang.

Saya sering teringat, pada waktu terpaksa merayu menangis-nangis dari ayah saya yang memang garang dan menakutkan dan strict untuk mendapatkan barang mainan. Namun, ayah saya memang mengawal perbelanjaan isi rumah dengan rapi. NO Toys!

Tetapi, Alhamdulillah saya amat seronok membuat barang mainan saya sendiri.

Pada ketika saya darjah 6, saya sudah mula diberi buku-buku electronic oleh ayah saya. Saya sudah mula mengkaji dan belajar tentang electronic, pendawaian, perintang , transistor dan macam-macam lagi. Melihat minat saya yang amat mendalam, bapa saya sanggup menghabiskan duit hujung bulannya untuk support minat saya dalam bidang tersebut. Saya tahu, bapa saya telah banyak berkorban demi anak-anaknya. Bapa saya banyak membeli kit-elektronik untuk saya hasilkan dan belajar. Pernah saya membuat walkie-talkie sendiri, dan pernah juga saya membuat radio saya sendiri ketika itu.

Antara subjek kegemaran saya pada ketika itu adalah kemahiran hidup. Banyak projek-projek yang telah saya pelajari dalam kemahiran hidup dan dalam setiap projek, saya pasti akan membuat ia secanggih-manggih yang mungkin. Banyak juga pertandingan-pertandingan rekacipta yang telah saya masuk, dan membolot kesemua tempat pertama dan juga kedua ketika itu.

Oh, alangkah bestnya, kalau saya dapat ceritakan secara terperinci setiap projek-projek yang saya hasilkan, namun, insyaAllah akan saya kongsikan dalm coretan-coretan yang lain.

Setahun kemudian, saya mula melangkah masuk ke alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Pada ketika itu, minat saya masih membara dalam bidang rekacipta. Tetapi, kemahiran sosial saya masih tidak begitu baik. Salah satu contohnya adalah seperti tergagap-gagap apabila hendak berborak dengan rakan pelajar perempuan yang lain..ishk ishk

Untuk pendekkan cerita, ketika itu sekolah kami berjaya menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Robotik dan Rekacipta Peringkat Negeri Selangor. Sekolah itu baru sahaja dibuka beberapa tahun dan masih tidak mempunyai kumpulan rekacipta lagi. Mengetahui hal itu, saya terus meng’offer‘kan diri saya kepada cikgu Kemahiran Hidup. Pada awalnya, guru saya tidak mempercayai saya, kerana pertandingan itu memang di sertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 sahaja dari sekolah-sekolah lain.

Namun, setelah saya cuba ketengahkan minat saya yang amat mendalam, cikgu saya telah membenarkan saya menyertai pertandingan tersebut. Kemudian, terhasillah sebuah kumpulan yang hanya terdiri dari pelajar tingkatan 1 sahaja dan diketuai oleh saya. Pertandingan itu memang merupakan pertanding yang paling mencabar bagi saya ketika itu. Tetapi hasil penat-lelah dan tidak-tidur-malam, telah membuahkan hasil, di mana sekolah kami berjaya menang tempat ke-3.

Alhamdulillah.

Banyak lagi kisah-kisah rekacipta sepanjang saya berada di bangku sekolah menengah. Namun saya terpaksa tulis sebuah buku cerita kalau nak di ceritakan setiap satu dengan terperinci. InsyaAllah, saya pasti akan ceritakan setiap satunya dengan terperinci dalam post-post akan datang.

Minat saya dalam bidang rekacipta, telah menjadi darah daging saya dan telah terpahat disanubari sehingga terbawa-bawa ke peringkat menara gading. Saya telah menamatkan pengajian saya dalam Ijazah Kejuruteraan Pertanian dan Biologi di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Saya tahu, pandangan pertama setiap orang apabila mendengarkan bidang kursus itu, pasti akan terbayang-bayangkan rumput, ladang, lembu-lembu, kambing-kambing, kuda, ayam dan sebagainya. Namun, harus saya nyatakan, bidang ini adalah amat menarik. Bidang ini telah dikaji selidik dengan sangat mendalam di negara-negara maju. Malah, sesetengah dari mereka juga dikategorikan sebagai jutawan pertanian.

Sepanjang 5 tahun pembelajaran saya di sana, saya dapat simpulkan yang saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana telah memilih kursus tersebut. Ini adalah kerana, dalam kursus INI lah saya telah dapat melihat berbagai teknologi yang sangat canggih dalam bidang pertanian dan jua pemprosesan makanan. Banyak lawatan telah diadakan untuk melihat dan mengkaji proses-proses dikilang makanan mereka.

Hasilnya..

Suatu hari, ketika sedang melawat sebuah kilang pemprosesan Cheese(keju), saya telah menjadi amat teruja dengan mesin-mesin yang ada disana. Bayangkan, kesemua mesin di sana adalah automatik dan hanya perlu dikendalikan dengan “touch-screen” seperti handphone android kita sekarang. Semuanya sangat berteknologi tinggi dan automatik.

Sejak dari hari ITU lah, saya telah menanam satu impian yang amat mendalam dalam diri saya, di mana, saya telah berazam untuk menghasilkan mesin buatan saya sendiri suatu hari nanti.

Alhamdulillah, pada hari ini, berkat dari pengalaman saya dalam bidang “Research & Development” serta Design di beberapa buah syarikat MNC dan tempatan, saya telah banyak mempelajari ilmu-ilmu dalam merekabentuk mesin. Namun, saya masih dahagakan lagi ilmu-ilmu yang lebih lagi untuk saya pelajari kerana minat saya dalam rekacipta adalah tersangat-sangat tinggi, sehinggakan saya boleh tidak sedar masa berlalu dengan pantas apabila sedang membuat kerja-kerja Design.

Walaubagaimanapun, saya rasa memang adalah sangat berdosa jika saya tidak berkongsikan kepakaran dan ilmu saya untuk kebaikan orang lain.

Doa saya kepada semua usahawan-usahawan di luar sana, agar kita bangkitkan ekonomi bangsa, agama serta negara.

Anda kaya dan berjaya!

Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s